Polisi Pemberi Maklumat Dalaman 2013 (Pindaan 2020) Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada pekerja di dalam agensi penguatkuasaan, agensi kerajaan atau syarikat swasta atau orang awam kepada orang- orang yang berkuasa sama ada di dalam organisasi atau mengikut budi bicara pemberi maklumat kepada mana- mana agensi penguatkuasaan yang lain, berkenaan salah tadbirurus korporat, rasuah, menyalahi undang-undang, atau apa-apa kesalahan lain yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu di dalam organisasi. Apa-apa tindakan oleh individu tersebut boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang yang digubal di Malaysia. Bagi tujuan dasar ini, semua tindakan di atas dikenali sebagai kelakuan tidak wajar (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (APPM 2010).