Sign In

Bahagian Siasatan


​Tanggungjawab utama bahagian ini adalah untuk menjalankan penyiasatan susulan ke atas kes – kes aduan yang telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan berkaitan dengan akta-akta yang dikawalselia oleh SSM dalam usaha untuk mengekalkan kepentingan semua “stakeholders” dan orang awam. Dalam mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan Bahagian Penyiasatan, beberapa pasukan dengan tugasan khusus telah ditubuhkan sebagaimana berikut:

1. Seksyen Fraud kewangan & AML

Seksyen ini berkepakaran dalam mengendalikan kes – kes siasatan berkaitan penyelewengan pengurusan kewangan, dan transaksi penipuan oleh pegawai – pegawai syarikat. Seksyen ini juga bertanggungjawab menyiasat isu – isu berkaitan dengan:
  • Penipuan Kewangan
  • Kesalahan penyata kewangan
  • Pelindungan pengguna
  • Forensik perakaunan
  • Perdagangan Insolvent
  • Penipuan Pelaburan
  • Kes MASB
  • Pengubahan wang haram
  • Keganasan kewangan

2. Seksyen Tadbir Urus Korporat

Seksyen ini bertanggungjawab dalam mengendalikan kes – kes siasatan yang melibatkan ketidaksekataan korporat yang melanggar undang – undang syarikat dikalangan pegawai – pegawainya. Penyiasatan akan merangkumi kes- kes sepertimana berikut:
  • Kes-kes salah laku korporat
  • Perlanggaran tanggungjawab fidusiari
  • Penipuan korporat
  • Maklumat palsu dan mengelirukan
  • Kes-kes skim kepentingan
  • Kebankrapan
  • Kes-kes berkaitan syarikat asing
  • Kes-kes yang melibatkan tiada pendedahan kepentingan.

3. Seksyen Risikan & Enkuiri

Seksyen ini berkepakaran dalam mengendalikan penyisatan kes- kes berkeutamaan dan khusus seperti:
  • Kajian, menganalisis aduan untuk menentukan kesempurnaan dokumen / bukti
  • Mencari maklumat / perhimpunan perisikan pada dokumen / bukti yang diperlukan
  • Penyediaan dan penilaian laporan kes
  • Aktiviti Risikan

4. Seksyen Kesalahan-kesalahan Am

Seksyen ini bertanggungjawab dalam mengendalikan kes – kes yang melibatkan kesalahan umum yang berkaitan dengan peruntukan akta yang dikawalselia oleh SSM. Kes – kes yang dirangkumi oleh seksyen ini adalah sepertimana berikut:
  • Kes-kes berkaitan penyata tahunan.
  • Kes-kes berkaitan rekod-rekod berkanun.
  • Kes-kes yang melibatkan akaun-akaun yang tak dibentang.
  • Kesalahan-kesalahan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Kes-kes berkaitan Pendaftaran Perniagaan.​
  • Kes-kes melibatkan syarikat-syarikat amanah.
  • Kes kepentingan awam & keselamatan negara

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC