Sign In

​Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi​​


Bahagian ini bertanggungjawab dalam membangun, mentadbir dan menguruskan perisian perkakasan aplikasi dan sistem, bilik server serta rangkaian yang digunapakai di SSM. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) seksyen utama iaitu:

Seksyen Operasi

  • Mengurus pentadbiran pangkalan data.
  • Mengurus fasiliti 'Disaster Recovery Centre'.
  • Menyokong pengurusan sistem.
  • Menyelenggara keselamatan operasi dan sokongan prasarana.
  • Memastikan perkakasan komputer di dalam keadaan teratur dan diselenggara dengan sebaiknya.
  • Menguruskan kemudahan prasarana bilik pelayar seperti penghawa dingin, kad akses, UPS, sistem anti-kebakaran dan kawasan persekitarannya.
  • Memberikan sokongan peringkat kedua kepada pengguna.
  • Memantau operasi harian rangkaian (network infrastructure).
  • Mengurus komunikasi yang meliputi komponen data dan suara.
  • Mengurus kemudahan Sistem Automasi Pejabat seperti Email, perkongsian fail online dan kolaborasi pejabat.
  • Mengurus 'firewall' dan ‘Intrusion Detection System’ (IDS).
  • Memastikan keselamatan telekomunikasi dan prasarana rangkaian.
  • Mengurus khidmat pemasangan dan installasi desktop
  • Memberi sokongan bilik server di pejabat negeri dan cawangan
  • Menjadi pusat bantuan untuk pengguna SSM berkenaan dengan katalog perkhidmatan ICT.
  • Sebagai pusat utama bagi melaporkan ‘Incident’ (gangguan atau potensi gangguan kualiti atau kesediaan sistem) dan untuk pengguna memohon sebarang perkhidmatan ICT.
  • Memberikan bantuan dan sokongan yang efisien dengan bertindak balas secepat mungkin ke atas setiap pertanyaan.
  • Melayan semua panggilan telefon dan memastikan setiap bantuan yang tidak dapat diuruskan di meja bantuan diusulkan serta-merta kepada pihak yang sewajarnya.
  • Merekodkan segala butir panggilan dan nasihat atau bantuan yang telah diberikan bagi tujuan rujukan ataupun kegunaan statistik.
  • Memberikan pendapat dan tindakbalas kepada SSM mengenai masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh para pengguna, seterusnya memastikan jika adanya keperluan untuk latihan lanjut, dokumentasi mahupun perubahan ke atas perkhidmatan sedia ada.
  • Menguruskan aset ICT, merekod maklumat dan lokasi aset di dalam Pendaftaran Aset ICT dan memastikan aset tersebut dapat menampung operasi harian SSM.
  • Melaksanakan kaji selidik untuk keseluruhan pencapaian ICT terhadap pengguna.

Seksyen Pembangunan Sistem

  • Mengkaji keperluan sistem baru untuk memenuhi keperluan operasi harian SSM.
  • Menguruskan kerja-kerja pembangunan, pentadbiran, pengurusan dan penyelengaraan aplikasi.
  • Menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan aplikasi.
  • Menghasilkan laporan ad-hoc daripada pelanggan dalaman dan luaran.
  • Memberikan sokongan peringkat kedua (2) kepada pengguna.

Seksyen Perancangan IT dan e-Perkhidmatan

  • Mengkaji keperluan pembangunan sistem dalam talian dan integrasi dengan organisasi lain.
  • Menghasilkan laporan 'ad-hoc' untuk pelanggan dalaman dan luaran.
  • Membangunan dan menyelenggara Gudang Data (Data Warehouse) SSM.
  • Membangunkan dan menyelenggara laman portal dan laman intranet SSM.
  • Menyelenggara dan memantau sistem Ezbiz.
  • Perancangan, penyediaan dan pengawalan baget ICT.
  • Memantau dan melaporkan perkembangan projek-projek ICT.
  • Mengumpul dan mengemaskini prosidur kerja dan prosidur operasi standard (SOP) bagi seksyen-seksyen di bahagian ini.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan untuk strategi pembangunan produk menggunakan maklumat di dalam pangkalan data.

Seksyen Keselamatan IT

  • Membangun dan menyenggara polisi keselamatan yang merangkumi applikasi system, infrastruktur, dan operasi organisasi.
  • Mensyaratkan guna-pakai polisi keselamatan ICT bagi tujuan operasi harian.
  • Memantau pematuhan penggunaan polisi keselamatan ICT.
  • Melaksanakan operasi berterusan sistem melalui perlaksanaan keselamatan data dan pengurusan risiko.
  • Membantu siasatan/audit ke atas kes-kes pencerobohan data melalui siasatan secara forensik.



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC