Sign In

Seksyen Pegurusan Arkitek Enterprise​


Seksyen Pengurusan Arkitek Enterprise (SPAE) terbahagi kepada empat unit iaitu:

1. Unit Business Architecture;
2. Unit Data Enterprise;
3. Unit Aplikasi Enterprise; dan  
4. Unit Teknologi Enterprise.

Objektif pelaksanaan Enterprise Architecture (EA) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah seperti berikut:
  • Mengurangkan pemecahan pembangunan projek ICT di setiap bahagian/ seksyen/ pejabat negeri/ pejabat cawangan;
  • Meningkatkan keupayaan perkongsian maklumat merentasi bahagian / seksyen / pejabat negeri/ pejabat cawangan;
  • Meningkatkan keupayaan pengguna luaran (awam) untuk mengakses maklumat;
  • Mengenalpasti peluang perkhidmatan integrasi (end-to-end);
  • Membolehkan SSM mempunyai pandangan menyeluruh tentang penggunaan teknologi bagi memastikan perancangan teknologi dan pembangunan dasar yang lebih baik dapat dicapai;
  • Menganalisa proses perniagaan bagi mengenalpasti jurang dan potensi penambahbaikan;
  • Memastikan reka bentuk sistem, keperluan aplikasi dan integrasi dapat menyokong perkhidmatan perniagaan yang diperlukan;
  • Memastikan kepelbagaian teknologi dan infrastruktur ICT SSM dapat dikawal serta boleh digunakan semula untuk meminimumkan kos penyelenggaraan dan operasi;
  • Memastikan pengurusan data dan maklumat di SSM dapat ditadbir urus berpandukan kepada piawaian dan prinsip EA yang telah ditetapkan;
  • Memastikan pemantauan terhadap pematuhan pelaksanaan EA; dan
  • Memupuk dan mewujudkan budaya kesedaran EA di kalangan pekerja SSM di setiap bahagian/ seksyen/ pejabat negeri/ pejabat cawangan menerusi hebahan, pendidikan dan latihan yang bersesuaian secara berterusan.



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC