Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​B​ahagian Pentadbiran, Perolehan & Prasarana


Seksyen Pengurusan Pentadbiran
 
Seksyen ini berfungsi sebagai tulang belakang dan pemangkin semua aktiviti di setiap jabatan di SSM untuk memastikan bahawa mereka beroperasi dengan cekap dan berkesan. Secara amnya, seksyen ini bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan aspek pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan dokumen-dokumen dan surat menyurat jabatan, pengurusan stor, tiket kapal terbang, tempahan penginapan, pengangkutan, kenderaan pejabat, pengurusan tempat letak kenderaan, keselamatan pejabat, tuntutan insuran serta mengetengahkan bakat pekerja melalui Program Inovasi hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Fungsi-fungsi seksyen ini disokong melalui dua unit utama seperti berikut:

1. Unit Pentadbiran
2. Unit Kualiti, Inovasi & Keselamatan​

Seksyen Pengurusan Prasarana
 
Seksyen Pengurusan Prasarana berfungsi menguruskan kerja-kerja penyenggaraan bangunan termasuk pengurusan dan verifikasi aset/harta milik SSM termasuk di Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri/Cawangan seluruh Malaysia. Di samping itu juga, seksyen ini bertanggungjawab dalam pengurusan pembekal & pematuhan terma kontrak yang ditetapkan, pengurusan projek termasuk kerja-kerja ubahsuai, keselamatan pekerja dan pelanggan yang berurusan serta menjana pendapatan tambahan melalui sewaan ruang pejabat & kemudahan sewaan fasiliti seperti sewaan Auditorium, bilik mesyuarat dan latihan. 

Fungsi-fungsi seksyen ini disokong melalui dua unit utama seperti berikut:

1. Unit Pengurusan Harta
2. Unit Pengurusan Fasiliti

Seksyen Pengurusan Perolehan
 
Seksyen Pengurusan Perolehan berfungsi mentadbir dan mengurus pembelian dan perolehan am, mengurus kontrak perkhidmatan, membuat kajian, semakan dan pelarasan dasar/pekeliling dan garis panduan, memberi latihan dan kesedaran, membuat perancangan tahunan perolehan, pemantauan kontrak, pematuhan perolehan dan pengurusan pembekal.

Fungsi-fungsi seksyen ini disokong melalui tiga unit utama seperti berikut:

1. Unit Operasi Perolehan
2. Unit Pengurusan Kontrak 
3. Unit Pemantauan Perolehan 

​ 


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC