Sign In

​​​​​​​Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat


Bahagian Strategi dan Komunikasi Korporat (BSKK) telah ditubuhkan selaras dengan pelaksanaan pelan transformasi SSM. Bahagian ini berperanan dalam menguruskan pelan strategik organisasi dan komunikasi korporat yang bertindak sebagai focal point SSM dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan maklumat kepada pelanggan. Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek selaras dengan objektif, polisi dan hala tuju SSM. Demi mencapai matlamat ini, Bahagian ini dibahagikan kepada beberapa Seksyen dengan tugasan khusus seperti berikut:

(1) Seksyen Komunikasi Korporat

Bertanggungjawab sebagai pemangkin imej korporat organisasi dengan menjadi pemerhati, pendengar dan penyampai maklumat korporat SSM. Berperanan untuk mengukuhkan imej korporat SSM ke tahap tertinggi melalui pendekatan komunikasi dan perhubungan awam yang strategik dan profesional. Seksyen Komunikasi Korporat disokong oleh beberapa Unit iaitu:

  • Unit Media & Editorial
  • Unit Perhubungan Awam
  • Unit Penjenamaan Korporat​
  • Unit Zakat & Tanggungjawab Sosial Korporat
(2) Seksyen Strategi Korporat

Bertanggungjawab dalam penyediaan pelan strategik korporat, pemantauan prestasi organisasi dan petunjuk prestasi utama secara berkala serta menyediakan laporan kepada pihak pengurusan, Ahli Suruhanjaya dan Kementerian. Seksyen ini juga menyelaraskan hal-hal berkaitan Parlimen dan menyediakan maklum balas kepada Kementerian-Kementerian serta Agensi-Agensi berkaitan isu-isu yang melibatkan polisi SSM. Seksyen ini juga terlibat dengan isu-isu antarabangsa. Seksyen Strategi Korporat disokong oleh beberapa Unit iaitu:

  • Unit Polisi Korporat & Hubungan Antrabangsa
  • Unit Strategi & Pemantauan Prestasi Korporat​​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC