Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan melaksanakan sistem eP SSM bagi pelaksanaan pengurusan perolehan SSM yang lebih cekap dan berkesan.
Sehubungan dengan itu, SSM akan mengadakan satu sesi taklimat & latihan kepada pembekal/kontraktor baharu dan sedia ada secara dalam talian seperti ketetapan berikut:
TARIKH:
6 Oktober 2025 (Isnin)
MASA:
Sesi 1: 9.30 am - 11.30 am
Sesi 2: 2.30 pm - 4.30 pm
TEMPAT:
MS Teams - Dalam Talian
Pembekal/kontraktor yang berminat untuk menghadiri sesi taklimat & latihan secara maya ini boleh merujuk kepada portal www.ssm.com.my untuk mendapatkan pautan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
3 OKTOBER 2025