Sign In
Penambahan Tempoh Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan Penyata Kewangan dan Laporan Teraudit Melalui MBRS 2.0

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memberikan penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan (berdasarkan peruntukan Practice Directive 1/2017) bagi Penyata Kewangan dan Laporan Teraudit bagi Akta Syarikat 2016 melalui Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) setelah tempoh mandatori pelaksanaan Fasa 3 berakhir pada 30 September 2025.

Penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan ini adalah dari 1 Oktober 2025 hingga 30 November 2025.

Maklumat lanjut mengenai penambahan tempoh pengecualian fi lewat serah simpan ini boleh diakses melalui dokumen Soalan Lazim (FAQ)​.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
26 SEPTEMBER 2025

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC