Sign In
Penangguhan Proses Permohonan Bayaran Balik (Refund)

Pelanggan SSM yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa bermula 13 September 2025, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menangguhkan proses permohonan bayaran balik (refund) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan sistem sedia ada.

Semua permohonan bayaran balik (refund) boleh dikemukakan semula melalui Portal Refund baharu yang dijadualkan mula beroperasi pada 1 Oktober 2025.

SSM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda sepanjang tempoh ini.

Sekian, terima kasih.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
12 SEPTEMBER 2025

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC