Sign In
Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan Dan Fi Rektifikasi Maklumat Pemunyaan Benefisial Bagi PLT Bagi Tempoh 30 Mei 2025 Hingga 31 Oktober 2025

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, serah simpan maklumat pemunyaan benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025, kini boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) bermula 30 Mei 2025, menerusi laman web rasmi SSM di www.ssm4u.com.my.

Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, SSM memberikan pengecualian fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi, serta tidak akan mengambil tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh 30 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025.

Selepas tarikh tersebut, semua kelewatan atau kegagalan serah simpan maklumat pemunyaan benefisial PLT akan dikenakan fi yang berkenaan dan tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
26 MEI 2025


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC