Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan bahawa serah simpan maklumat pemunyaan benefisial oleh Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang perlu dibuat mulai 1 Mei 2025 di bawah Nota Amalan No. 5/2025 kini boleh diserahsimpan melalui sistem e-BOS untuk PLT mulai tarikh 30 Mei 2025.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau melalui e-mel di enquiry@ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA