Sign In
Pengumuman: Penguatkuasaan Fasa Kedua Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024

Fasa Kedua Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 [Akta A1728] telah berkuat kuasa pada 16 April 2025. Peruntukan yang terlibat dalam Fasa Kedua ini adalah Seksyen 8, 9 dan 10 Akta A1728 (Seksyen 70A, 76 dan 76A Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012) dan Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2025.

Sebagai makluman, peruntukan-peruntukan ini adalah bertujuan antara lainnya seperti berikut:

  1. Seksyen baharu 70A memperuntukkan tempoh pematuhan berkaitan dengan apa-apa tindakan atau berkaitan dengan apa-apa dokumen apabila tempoh pematuhannya tidak ditetapkan di bawah Akta ini;
  2. Seksyen 76 yang dipinda membenarkan penyampaian dokumen kepada perkongsian liabiliti terhad sama ada melalui pos atau secara elektronik;
  3. Seksyen baharu 76A pula memperuntukkan bahawa laman sesawang Suruhanjaya boleh digunakan secara alternatif untuk menyiarkan maklumat yang selainnya dikehendaki disiarkan dalam surat khabar; dan
  4. Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 telah dipinda untuk memasukkan butiran fi bagi pengiklanan dan lain-lain pindaan sepertimana yang dinyatakan di dalam Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2025.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
17 APRIL 2025


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC