Sign In
Kewajipan Serah Simpan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022

S​yarikat-syarikat yang mempunyai Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 hendaklah membuat serah simpan Penyata Kewangan dalam tempoh berikut:

(a) bagi suatu syarikat persendirian, dalam masa 30 hari dari tarikh edaran kepada anggotanya; dan
(b) bagi suatu syarikat awam, dalam masa 30 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
Serah simpan boleh dibuat melalui portal MBRS atau melalui kaunter di semua Pejabat SSM seluruh negara (kecuali Pejabat SSM UTCKL dan Pejabat SSM KPDN Putrajaya).
Kelewatan membuat serahsimpan Penyata Kewangan dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan penalti lewat serah simpan sepertimana yang ditetapkan oleh Practice Directive No. 1/2017.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
18 Julai 2023


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC