Sign In
Perlanjutan Tempoh Peralihan ‘Guideline For The Reporting Framework For Beneficial Ownership Of Legal Persons’

​Sila ambil maklum bahawa tempoh peralihan yang dinyatakan di dalam ‘Guidelines for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Legal Persons’ yang akan berakhir pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan kepada suatu tarikh serentak dengan tarikh penguatkuasaan cadangan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan).       


Semasa tempoh perlanjutan tempoh peralihan tersebut, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad perlu meneruskan tindakan mengenal pasti dan mengesahkan pemunya benefisial sesebuah entiti bagi memastikan maklumat pemunya benefisial yang disimpan adalah tepat dan terkini. Adalah penting untuk memastikan maklumat tersebut disimpan di peringkat entiti agar boleh diakses pada bila-bila masa yang perlu. Sila ambil maklum bahawa syarikat perlu menyerahsimpan maklumat pemunya benefisial bersama-sama dengan penyata tahunan.

Setelah mengambil kira kepentingan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial ini, SSM akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan syarikat dan perkongsian liabiliti terhad mematuhi keperluan pelaporan pemunyaan benefisial. 

Sila rujuk FAQ yang telah disediakan di dalam portal rasmi SSM www.ssm.com.my. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih. 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
17 DISEMBER 2020



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNKK myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC