Sign In
Dokumen Konsultasi Mengenai Cadangan Syarat-Syarat yang Dikenakan ke atas Syarikat Berhad Menurut Jaminan di bawah Subseksyen 45(5) Akta Syarikat 2016

Adalah dimaklumkan bahawa objektif Dokumen Konsultasi ini adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan syarat-syarat yang dikenakan oleh Menteri apabila memberikan lesen menurut subseksyen 45(5) Akta Syarikat 2016 (“Akta tersebut”).

Dokumen Konsultasi ini menetapkan dasar dan syor berhubung dengan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat berhad menurut jaminan (“SBMJ”) apabila diberikan lesen di bawah subseksyen 45(3) atau (4) Akta tersebut.

Oleh itu, kami mengalu-alukan komen untuk dihantar m​elalui e-mel selewat-lewatnya pada 15 Jun 2022 ke lrpia[at]ssm.com.my atau sebarang pertanyaan mengenai perundingan ini ke 03-22994734.

Sila klik pada pautan ini​​ untuk melihat Dokumen Konsultasi Mengenai Cadangan Syarat-Syarat yang Akan Dikenakan ke atas Syarikat Berhad mengikut Jaminan di bawah Subseksyen 45(5) Akta Syarikat 2016.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
20 MEI 2022

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC