Sign In
Operasi Pejabat Ssm Susulan Lanjutan Pelaksanaan PKP, PKPB dan PKPP

​Pelanggan yang dihormati,  

Susulan pengumuman lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor bermula 19 Februari 2021 sehingga 4 Mac 2021 operasi perkhidmatan SSM di Pejabat Negeri dan Cawangan yang terlibat dengan PKP adalah terhad seperti berikut: 

KAUNTER DROPBOX ATAU POS BERDAFTAR

KAUNTER PERMOHONAN PEMFAILAN EKSPRES

(EXPRESS FILING)

KAUNTER BAGI PERMOHONAN PENGLIBATAN PERIBADI

 

Serah simpan dokumen berkanun syarikat melalui kaedah dropbox atau pos berdaftar.

 

Kaedah bayaran hanya melalui cek syarikat pengurusan / deraf bank / kiriman wang pos / wang pos

 

 

Pemfailan ekspres dokumen berkanun syarikat dengan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) seperti deraf bank / kiriman wang pos / wang pos.

 

Permohonan penglibatan peribadi (personal involvement) di dalam syarikat dan perniagaan dengan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) seperti deraf bank / kiriman wang pos / wang pos.

Waktu Operasi: Hari bekerja bermula 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

 

Perkhidmatan SSM di negeri yang melaksanakan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan akan beroperasi seperti biasa melalui kaedah permohonan temujanji. Borang temujanji boleh didapati dengan melayari portal rasmi SSM www.ssm.com.my

Para pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan atas talian yang disediakan seperti berikut: 

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SSM

 

  1. Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my
  3. Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my
  4. Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my
  5. Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my
  6. Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.  

Sekian, terima kasih.

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
18 Februari 2021


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC