Sign In
Operasi Pejabat SSM Negeri Pahang dan Cawangan Temerloh Susulan Arahan Kerajaan Negeri

Pelanggan yang dihormati,  

Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan agar semua urusan kaunter perkhidmatan Pejabat Persekutuan dan Negeri yang melibatkan urusan orang awam ditangguhkan sementara bermula 2 Februari 2021 sehingga 14 Februari 2021. 

Oleh itu, sepanjang tempoh tersebut, operasi perkhidmatan di Pejabat SSM Negeri Pahang dan Cawangan Temerloh adalah terhad seperti berikut: 

KAUNTER DROPBOX ATAU POS BERDAFTAR

Serah simpan dan permohonan pemfailan ekspres dokumen berkanun syarikat secara dropbox atau pos berdaftar dengan kaedah bayaran melalui cek syarikat pengurusan / deraf bank / kiriman wang pos / wang pos.

Waktu Operasi: Hari bekerja bermula 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

 

Para pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan atas talian yang disediakan seperti berikut: 

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SSM
  1. ​Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my
  3. Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my
  4. Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my
  5. Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my
  6. Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.  

Sekian, terima kasih. 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
4 Februari 2021 ​


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC