Sign In
Penangguhan Perkhidmatan Talian Hotline Bahagian Pematuhan Korporat Sepanjang Tempoh PKPB, PKPD

​Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan perkhidmatan talian hotline Bahagian Pematuhan Korporat (BPK) Suruhanjaya Syarikat Malaysia di nombor 03-2299 5334, akan ditangguhkan sepanjang berkuatkuasanya arahan Kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Malaysia bagi membendung penularan Pandemik Covid-19.

Sebagai alternatif, semua urusan orang awam yang melibatkan bahagian berkenaan boleh diemelkan ke ar_compliance@ssm.com.my.

Bagi berurusan di kaunter BPK pula, orang ramai diwajibkan membuat temujanji secara online terlebih dahulu melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx.

Terima kasih.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
5 November 2020


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC