Sign In
Notis Lanjutan Masa Bagi Permohonan Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016

Susulan daripada pembatalan dan penangguhan kursus-kursus anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), badan-badan profesional dan pembekal perkhidmatan latihan disebabkan penularan virus Covid-19 di Malaysia, SSM dengan ini telah melanjutkan tempoh masa bagi setiausaha syarikat mematuhi keperluan 20 mata CPE untuk pembaharuan perakuan amalan di bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Setiausaha syarikat masih perlu mematuhi keperluan CPE sepertimana yang ditetapkan dalam para 34 dan 35 dalam Garis Panduan Berhubung Perakuan Amalan Setiausaha Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016;

Walau bagaimanapun, setiausaha syarikat diberi lanjutan masa sehingga pembaharuan perakuan amalan berikutnya untuk mengumpul baki mata CPE yang gagal dikumpul semasa pembaharuan kali pertama;

 Panduan / Contoh:

Tarikh mula dan tamat PC15 Mac 2019 – 14 Mac 2020
Mata CPE yang perlu dipatuhi untuk permohonan pembaharuan PC kali pertama20 mata CPE (berdasarkan Garis Panduan Berhubung Perakuan Amalan Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016)
Setiausaha hanya mempunyai 8 mata CPE semasa permohonan pembaharuan PC kali pertamaKurang 12 mata CPE: 20 CPE – 8 CPE = (12 mata CPE)
Tempoh PC selepas pembaharuan dan jumlah CPE yang perlu dipatuhi

3 tahun (bermula pada 15 Mac 2020 hingga 14 Mac 2023)

 

Oleh itu setiausaha perlu mengumpul 72 mata CPE dalam tempoh tiga tahun di atas.

 

= 60 mata CPE + baki 12 mata CPE

= 72 mata CPE

 

(b)  Lanjutan masa ini hanya terpakai kepada perakuan amalan setiausaha yang tamat tempoh dari 14 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 sahaja;

(c)  Lanjutan masa untuk mengumpul 20 mata CPE ini hanya diberikan bagi pembaharuan perakuan amalan kali pertama sahaja; dan

(d)  Kegagalan untuk mengumpul baki mata CPE akan menyebabkan permohonan pembaharuan perakuan amalan kali kedua akan ditolak.

Selaras dengan kelulusan lanjutan masa ini, tempoh sah perakuan amalan selepas pembaharuan akan bersambungan dengan perakuan amalan yang pertama sekiranya permohonan pembaharuan yang dibuat melalui sistem e-secretary diluluskan.​

Untuk makluman, SSM sedang dalam proses menambah baik sistem e-secretary untuk permohonan pembaharuan perakuan amalan setiausaha selaras dengan lanjutan masa yang diberikan kepada setiausaha syarikat.

Pengumuman akan dibuat melalui portal rasmi SSM sebaik sahaja sistem ini sedia untuk digunapakai bagi tujuan permohonan pembaharuan perakuan amalan setiausaha.

Sekian, terima kasih.




Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC