Sign In
Pejabat SSM Beroperasi Seperti Biasa
​Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan semua pejabat SSM di seluruh negara terus beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut waktu operasi seperti biasa.

Walau bagaimanapun, pelanggan diwajibkan membuat temujanji online bagi semua urusan kecuali pengaktifan akaun pengguna EzBiz/ MyCoID/ LLP/ MBRS dan urusan dropbox.

Temujanji online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://www.ssm.com.my/Pages/Borang-Temujanji.aspx​

Para pelanggan juga dinasihatkan untuk memanfaatkan perkhidmatan secara atas talian yang ditawarkan SSM seperti berikut:

i. Portal Ezbiz - (https://ezbiz.ssm.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran perniagaan (tunggal atau perkongsian);

ii.  Portal MyCOID - (https://mycoid2016.ssm.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran syarikat berhad;

iii. Portal MyLLP - (https://www.myllp.com.my/) bagi urusan berkaitan perkhidmatan pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT); 

iv. Portal e-Info - (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my) bagi urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan;

v. Portal MBRS - (https://www.ssm4u.com.my/Pages/default.aspx) bagi urusan berkaitan serahsimpan penyata kewangan dan penyata tahunan; dan 

vi. Portal e-secretary - (https://esecretary.ssm.com.my​) bagi urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
11 NOVEMBER 2020


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC