Sign In
Pelaksanaan Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan Bagi Dokumen Berkanun Syarikat

​Pelanggan yang dihormati,

Berkuatkuasa 9 November 2020, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi serah simpan dokumen berkanun syarikat berikutan arahan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Malaysia bagi membendung gelombang ketiga pandemik COVID-19.

Dokumen berkanun syarikat yang terlibat adalah semua dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 yang diserah simpan kepada Pendaftar mulai 9 November 2020 dan tamat pada 31 Disember 2020. Pengecualian ini tidak hanya terhad kepada syarikat yang terjejas dengan arahan PKPB dan PKPD.

Sekian, terima kasih.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
7 November 2020
Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC