Sign In

Berhati-Hati Dengan Tawaran Dana Keusahawanan


Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pemberian dana keusahawanan atau geran percuma kepada syarikat sendirian berhad dan enterprise melalui pihak ketiga yang turut dikaitkan dengan nama beberapa inisiatif kerajaan dan badan kebajikan.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati penawaran dana atau geran tersebut menyasarkan individu yang merupakan pemilik enterprise atau syarikat sendirian berhad. Individu tersebut dinyatakan boleh memohon untuk mendapatkan dana atau geran percuma dengan menggunakan pendaftaran perniagaan atau syarikat sendirian berhad miliknya bersama sejumlah bayaran yuran pemprosesan.

Pihak SSM mengingatkan orang ramai supaya menyemak dahulu kesahihan sesuatu tawaran dana atau geran dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

DI KELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH: 27 FEBRUARI 2018​



myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001