Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​EzBiz Online​​​


​Apaka​h EzBiz?

  • Sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
  • Perkhidmatan EzBiz adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.

Bagaimana untuk menggunakan EzBiz?

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Setiap pemilik / rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online dan kemudian hadir di pejabat SSM terdekat untuk pengesahan identiti pemilik bagi tujuan keselamatan pengguna perkhidmatan Ezbiz Online.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

1.  Pendaftaran perniagaan baru:

  • Nama Sendiri
  • Name 'Tred'

2.  Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:

  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi

3.  Pembaharuan perakuan pendaftaran. (boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran)

4.  Penamatan Perniagaan :- Hanya untuk perniagaan aktif (sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran)

5.  Perkhidmatan kompaun

  • Untuk menyemak kompaun tertunggak
  • Melakukan pembayaran kompaun 

 Fi Pendaftaran dan Pembaharuan

  • Pendaftaran Perniagaan baru:
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred'  = RM60.00 setahun
  • Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
  • Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
  • Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan
  • Pembaharuan Perniagaan
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred' = RM60.00 setahun
    • Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Apakah cara pembayaran?

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange - Perbankan Online)

Tatacara Pengguna Ezbiz

Piagam Pelanggan Ezbiz Online

  • Piagam pelanggan yang ditetapkan bagi sebarang permohonan di Ezbiz Online adalah dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Piagam pelanggan ini hanya terpakai dalam tempoh PKP atau sehingga dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my . 

'PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM' ​




myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001