Sign In
  
  
Content
  
  
  
  
  
352
  

Bangi, 23 Jun 2024 – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bangi di atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 kerana membuat pernyataan palsu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Latip Ahmad telah membenarkan seorang setiausaha syarikat untuk membuat satu pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam Notification of Alteration Or Amendment To Constitution SNR Aircond Services & Accessories Sdn Bhd yang bertarikh 30 Oktober 2019 bagi syarikat SNR Aircond Services & Accessories Sdn Bhd. 

Dokumen tersebut adalah satu dokumen yang dikehendaki menurut Seksyen 36 Akta Syarikat 2016 (Akta 777), yang mana pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pindaan Klausa 5 Articles of Association bagi syarikat tersebut, dengan mengetahuinya sebagai palsu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan. Hakim Tuan Effendi Nazila Abdullah telah memerintahkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 11 Julai 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. 

Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amir Sharifuddin Hashim manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Nazmi Hanafi dari Chambers of Yusman Azlin Anwar.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam untuk memastikan maklumat yang diserah simpan di SSM adalah tepat dan terkini serta tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM. 

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir disamping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 23 JUN 2024
6/23/2024Court Cases2024Press Release23/06/2024
351
  

Kuala Lumpur, 9 Jun 2024 – Seorang setiausaha syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen (12) Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 di atas kesalahan memberi pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat. ​

Berdasarkan kepada kertas pertuduhan, tertuduh yang bernama Loo Hin Lam telah memberi maklumat palsu berkaitan Syarikat Borderless Net Resources Sdn Bhd tentang pelantikan Mohd Aznan Kamarulzaman sebagai pengarah menerusi Borang Seksyen 58 bertarikh 22 Ogos 2017. Tertuduh seterusnya didakwa berkaitan maklumat pemindahan satu unit saham kepada Mohd Aznan menerusi Borang Seksyen 51 yang bertarikh 18 September 2017.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama iaitu penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan tarikh 13 Jun 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Zulkhairi Kamaruzaman dan Nurul Husna Mohd Yusof, manakala tertuduh diwakili oleh peguam A. Narainasami.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam untuk memastikan maklumat yang diserah simpan di SSM adalah tepat dan terkini serta tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 9 JUN 2024


6/9/2024Court Cases2024Press Release09/06/2024
350
  

Kota Bharu, 5 Jun 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU24) peringkat negeri Kelantan yang merupakan siri pertama bagi tahun 2024 dengan lebih 800 penyertaan dari negeri tersebut.

PBU24 dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh dan memajukan perniagaan mereka di samping menjadi platform terbaik untuk meneroka dan mempelopori ilmu keusahawanan dengan menggabungkan pengetahuan perniagaan kontemporari dengan teknologi dan digitalisasi terkini. 

Program yang berlangsung di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kota Bharu ni telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.  
 
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki berkata, pendedahan terhadap asas keusahawanan ini mampu membentuk pemikiran usahawan yang kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang pasaran perniagaan yang lebih berdaya saing melalui pemahaman tentang pengurusan, pemasaran, operasi, dan strategi perniagaan yang berjaya.
 
Beliau berkata, dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan. 

Tambah beliau, salah satu inisiatif SSM bagi menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan adalah dengan menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan dalam kalangan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. 

Sejak SPPP mula diperkenalkan sehingga 30 April 2024, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma di bawah skim ini adalah sebanyak 110,004 yang terdiri daripada 53,421 pelajar IPT sepenuh masa dan 56,583 usahawan kumpulan B40.

Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM70,000, antaranya kepada masjid, surau, sekolah dan usahawan asnaf serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM15,000 kepada Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan dan golongan yang memerlukan.

Dari 1 Januari 2024 sehingga 30 April 2024, SSM telah mengagihkan dana WZK sebanyak RM2.426 juta kepada 5,297 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM217,897 kepada 150 penerima yang memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot (24 jam, 7 hari), Live Chat SSM (8.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum) melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
TARIKH: 5 JUN 2024​
6/5/2024News2024Press Release05/06/2024
349
  

Kuala Lumpur, 28 April 2024Lanjutan daripada siasatan yang sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas syarikat-syarikat di bawah East West One Group Sdn Bhd (EWOG), SSM telah mengeluarkan surat perintah di bawah seksyen 48(4)(a) Akta Skim Kepentingan 2016 untuk membekukan dana di dalam akaun-akaun amanah bagi East West One Planter's Scheme, East West Horizon Planter's Scheme dan East West Planter's Scheme 1.

Surat perintah yang telah dihantar kepada Pacific Trustees Berhad, iaitu pemegang amanah EWOG, pada 5 April 2024 itu bertujuan untuk menjaga kepentingan para pelabur di dalam skim-skim tersebut lanjutan daripada cadangan EWOG selaku syarikat induk untuk menjalankan cadangan pemulihan dan penstrukturan semula skim-skim tersebut dengan menggunakan dana di dalam akaun-akaun amanah.

Melalui surat perintah tersebut, PTB dikehendaki mengekalkan dana di dalam Akaun Amanah (Trust Account), Akaun Amanah Dana Rizab (Reserve Fund Trust Account) dan Akaun Amanah Dana Terikat (Sinking Fund Trust Account) di mana dana berkenaan dilarang dikeluarkan dan diserahkan kepada syarikat pengurusan selaras dengan peruntukan seksyen 48(1) Akta Skim Kepentingan 2016.

Walau bagaimanapun, pembekuan dana ini adalah tertakluk kepada pelan pemulihan dan penstrukturan semula skim sekiranya mendapat kelulusan majoriti pelabur di dalam mesyuarat pelabur.

Pada 25 September 2023, SSM telah membuka kertas siasatan di bawah peruntukan Akta Skim Kepentingan 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) terhadap syarikat-syarikat ini selepas menerima lebih 46 aduan.

SSM ingin menegaskan bahawa ia sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir dengan mengambil tindakan pematuhan, siasatan dan pendakwaan terhadap entiti atau individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar yang diuruskan oleh EWOG dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui emel ke aduan[at]ssm.com.my atau hubungi 03-2299 4400​.


​DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 28 APRIL 2024

4/28/2024Court Cases2024Press Release28/04/2024
348
  

Kuala Lumpur, 27 April 2024 – Dalam usaha membantu meringankan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin akibat konflik yang melanda mereka sehingga kini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan warga kerjanya telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM67,365 pada 26 April 2024.

Sumbangan ini merupakan hasil inisiatif pengurusan SSM melalui kutipan dalam kalangan warga kerja selain sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) SSM.

Sumbangan yang disampaikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) sempena Majlis Raikan Syawal SSM 2024 ini telah disalurkan kepada Tabung Bantuan Kecemasan melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Pada majlis yang sama, SSM turut menyampaikan sumbangan WZK kepada Rumah Bakti Nur Syaheera dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dengan sumbangan WZK berjumlah RM13,000 dan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM23,000 kepada pesara-pesara SSM serta anak-anak pekerja SSM yang kurang upaya.

Majlis yang dianjurkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Dato' Zakaria Shaaban, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN (Pendayaupayaan Pengguna), Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Anggota-Anggota Suruhanjaya dan Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana WZK sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.

 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 27 APRIL 2024

4/27/2024News2024Press Release27/04/2024
347
  

Kuantan, 21 April 2024 – Seorang pengarah syarikat telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuantan (3) dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 591(2) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan membuat pernyataan palsu di dalam Borang Pemindahan Saham.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Darrel Pierre K.Arokiasamy @ Pierre telah membuat satu pernyataan palsu berkenaan butir material di dalam dokumen "Form of Transfer of Securities" bertarikh 7 Mei 2021 bagi syarikat Pierre's Kitchen & Dining Sdn Bhd iaitu satu dokumen yang dikehendaki menurut Seksyen 105 Akta Syarikat 2016. Pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham sebanyak 20 unit daripada tertuduh kepada Sadhna A/P Bhagwanji dan mengetahui pernyataan tersebut adalah palsu.

Seksyen 591(2) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan kesalahan bagi tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta Syarikat 2016 membuat suatu pernyataan yang palsu dalam apa-apa butir material dengan mengetahuinya sebagai palsu.

Tertuduh telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Maimoonah Aid telah menetapkan 29 Mac 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Faizal Mahdi Mahmud, manakala tertuduh diwakili oleh Danielle Devinna Dickman dari Tetuan Lavania & Balan Chambers.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah undang-undang yang dikawalselia oleh SSM.

 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 21 APRIL 2024

4/21/2024Court Cases2024Press Release21/04/2024
346
  

Shah Alam, 14 April 2024 – Seorang individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap satu pertuduhan di bawah Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) kerana memberikan pernyataan palsu kepada Pendaftar Syarikat.

Berdasarkan kepada kertas pertuduhan, tertuduh yang bernama Tan Tiak Huat @ Tan Teik Huat telah memberikan satu maklumat yang palsu berkaitan butir-butir “liabilities and assets" bagi syarikat TTH Global (M) Sdn Bhd di dalam dokumen “Statement of Affairs" bertarikh 9 Februari 2018.

Sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen dan Akta yang sama iaitu penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM 3 juta atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan. Hakim Rasyihah Ghazali telah menetapkan tarikh 3 April 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Abdul Hadi Abdul Muti manakala tertuduh diwakili oleh peguam Huang Yee Ching dari Tetuan YC Huang Associates.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.

 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 14 APRIL 2024


4/14/2024Court Cases2024Press Release14/04/2024
345
  

Kuala Lumpur, 8 April 2024 – The Companies Commission of Malaysia (SSM) has issued a Consultative Document On Proposed Trust Companies Bill to obtain feedback and views on the proposed bill.

The Trust Companies Act 1949 [Act 100] which came into force on 28 September 1949 in West Malaysia and on 1 January 1973 in East Malaysia, provides for the registration and regulation of companies carrying out trust businesses or trust related activities in Malaysia. The Trust Companies Act 1949 has never been reviewed since its last revision which came into force on 15 March 1973. 

As part of its corporate law reform programme, SSM had commenced the initiative to review the Trust Companies Act 1949 in 2018 with the proposal to repeal and modernise the Act by replacing it with a new Trust Companies Bill.

The drafting of the Trust Companies Bill also reflects the recommendations made by the Financial Action Task Force (FATF) as well as the legislative and technical gaps identified by the FATF as published in the Mutual Evaluation Report following the mutual evaluation exercise conducted on Malaysia in 2015 relating to money laundering and terrorist financing.

On 7 March 2018, SSM published a consultation document titled “Consultation Document on the Review of the Trust Companies Act 1949” and received various responses from the industry, government agencies and statutory bodies.

The new Trust Companies Bill contains 17 policy statements which can be divided into 4 main clusters namely Parameter of Activities and Mandatory Registration Regime, Beneficial Ownership Reporting Framework, Management of Trust Companies and Restructuring and Cessation of Trust Companies.

The Consultative Document On Proposed Trust Companies Bill could be accessed via SSM’s official website, www.ssm.com.my.

SSM invites feedback on the consultation document via email to lrpia@ssm.com.my by 2 May 2024. Any inquiries regarding the document can also be directed to the same email address.

ISSUED BY: COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA
DATE: 8 APRIL 2024


4/8/2024News2024Press Release08/04/2024
343
  

Kuala Lumpur, 1 April 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah melancarkan sebuah sistem baharu iaitu Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS), bertujuan untuk menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial syarikat.

Pelancaran e-BOS ini adalah sejajar dengan kewajipan syarikat untuk mengenal pasti, memperoleh, merekod, mengemaskini dan menyerah simpan maklumat pemunyaan benefisial dengan Pendaftar seperti yang digariskan di dalam ‘Guideline for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Companies’ berkuatkuasa 1 April 2024. e-BOS boleh diakses melalui pautan ssm4u.com.my manakala ‘Guideline for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Companies’ boleh diakses di Portal Rasmi SSM, www.ssm.com.my.

Dengan pelancaran e-BOS, tempoh peralihan yang diperkenalkan pada 1 Mac 2020 melalui ‘Guideline for the Reporting Framework for Beneficial Ownership of Legal Persons’ telah dimansuhkan selari dengan penguatkuasaan Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 1 April 2024.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui e-BOS adalah notifikasi maklumat pemunyaan benefisial atau pengurusan kanan serta rektifikasi maklumat pemunyaan benefisial atau pengurusan kanan.

Sila layari portal rasmi SSM di pautan, www.ssm.com.my untuk maklumat lanjut mengenai tatacara serah simpan dan manual panduan pengguna.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 1 APRIL 2024
4/1/2024News2024Press Release01/04/2024
342
  

Kuala Lumpur, 31 Mac 2024 – Sebuah syarikat persendirian menurut syer, FGP Ventures Sdn Bhd telah disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 berkaitan pengumpukan syer keutamaan yang dikenali sebagai “Islamic Redeemable Preference Share" (iRPS) tanpa mempunyai perlembagaan syarikat.

Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 merupakan peruntukan yang menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan apabila mana-mana syarikat persendirian menurut syer membuat pengumpukan syer keutamaan tanpa mempunyai perlembagaan syarikat dan apabila disabitkan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM500,000 di bawah sub-seksyen (5) Akta yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah, Puan Norina Zainol Abidin telah mensabitkan syarikat FGP Ventures Sdn Bhd bersalah dan menjatuhkan hukuman denda RM25,000.

Tertuduh diwakili oleh peguambela Muhammad Hasif Ghazali manakala pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa SSM Fazarul Ezhar Mohd Mokhtar dan Mohd Iqbal Mohd Yusoff.

Pada 28 November 2023, FGP Ventures Sdn Bhd dan pengarahnya, Khemlani Satesh telah dipertuduhkan dengan empat pertuduhan di bawah Seksyen 43(1) dan Seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 berkaitan penawaran syer iRPS kepada orang awam. FGP Ventures Sdn Bhd dan Khemlani telah membuat penawaran syer kepada orang awam dengan mendepositkan wang kepada syarikat bagi tempoh yang ditetapkan dengan jaminan faedah mengikut terma dipersetujui. Kedua-duanya turut membuat pengumpukan (allotment) syer keutamaan tersebut tanpa mempunyai peruntukan di dalam perlembagaan syarikat pada ketika itu.

Syarikat dan pengarah telah dikenakan kompaun sebanyak RM325,000 bagi tiga kesalahan yang dipertuduhkan sebelum ini selepas representasi yang dikemukakan dipertimbangkan. Kedua-dua tertuduh telah dilepas tanpa dibebaskan bagi tiga pertuduhan berkenaan.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa sebuah syarikat persendirian adalah dilarang menawarkan syer syarikat kepada orang awam dan membuat pengumpukan (allotment) syer tersebut tanpa mempunyai peruntukan di dalam perlembagaan syarikat. SSM mengambil tindakan pendakwaan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Ini bagi memastikan tadbir urus korporat yang baik dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 31 MAC 2024


3/31/2024Court Cases2024Press Release31/03/2024
341
  

Kuala Lumpur, 28 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM29,000 dalam Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM serta Majlis Berbuka Puasa SSM pada 27 Februari 2024.

Semasa Majlis Penghayatan Nilai dan Makna Ramadan SSM yang diadakan di Menara SSM@Sentral ini, SSM telah menyantuni dua pusat pengajian Islam dan sebuah masjid melalui sumbangan WZK berjumlah RM15,000.

Sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al Quran Syazwan, Institusi Pengajian Al-Quran dan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Semasa majlis berlangsung, YB Datuk Armizan turut serta bersama-sama Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, Dato' Seri Hishamudin Md Yunus, Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Tuan Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, mengikuti tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Datuk Malai Ali Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Sementara itu, SSM juga menyantuni Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad dan Surau Al Husna Seri Semarak dengan sumbangan WZK berjumlah RM14,000 sempena Majlis Berbuka Puasa SSM yang berlangsung pada hari yang sama.

Sumbangan yang telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM ini bertujuan meringankan beban sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. Tuan Ahmad Sabki turut meluangkan masa beramah mesra dengan penerima sumbangan yang hadir, di samping menikmati juadah berbuka puasa bersama mereka.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 28 MAC 2024


3/28/2024News2024Press Release28/03/2024
340
  

Kuala Lumpur, 27 Mac 2024 – Pada hari ini saya telah melancarkan pusat panggilan SSM yang berwajah baharu dan lebih mesra pelanggan dikenali sebagai SSM Customer Care (SSMCC).

Penjenamaan semula SSMCC ini selari dengan teras strategik SSM iaitu mengoptimumkan penambahbaikan proses, memupuk budaya kerja cemerlang dan menyediakan persekitaran perniagaan yang dipercayai. Selain itu, ia juga sejajar dengan inovasi perkhidmatan dan produk SSM yang berkembang mengikut kehendak pelanggan.

Objektif utama penubuhan SSMCC adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan SSM dan memastikan aduan dan pertanyaan pelanggan dikendalikan secara bersepadu, tepat, cepat dan berintegriti.

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan melalui SSMCC adalah menggantikan borang pertanyaan dan aduan pelanggan sedia ada kepada platform terbaharu yang dikenali sebagai Webform, memperkenalkan SSM Chatbot yang boleh diakses oleh pelanggan 24 jam serta platform Live Chat SSM.

Bagi memudahkan pelanggan mengakses maklumat komprehensif, SSM juga memperkenalkan Knowledge Hub iaitu hub yang menyimpan maklumat terkini berkaitan perundangan, produk dan perkhidmatan SSM. Knowledge Hub boleh diakses di laman portal rasmi SSM.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSMCC di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Pada masa yang sama, selain menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui SSM juga telah menggerakkan strategi dan pendekatan yang menyokong agenda reformasi dalam memperkukuh kerangka tatakelola Kerajaan dan tadbir urus negara secara keseluruhannya termasuk ekosistem sektor korporat.

Pada tahun 2023, usaha ini telah dilaksanakan dengan menambah baik peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016. Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2023 telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat pada 28 November 2023 dan diluluskan di peringkat Dewan Negara pada 13 Disember 2023. RUU ini telah mendapat Perkenan Diraja pada 24 Januari 2024 dan diwartakan sebagai Akta Syarikat (Pindaan) 2024 pada 2 Februari 2024. Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasa pada 1 April 2024 kecuali Seksyen 4, 14, 26 dan 28 yang akan dikuatkuasakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 mempunyai dua objektif utama iaitu: 

i) Memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat dengan memudahcara syarikat yang menghadapi masalah kewangan dan menyokong pemulihan ekonomi negara agar terus berdaya saing terutama sekali dalam era pasca pandemik COVID-19;
ii) Mempertingkatkan  elemen ketelusan dalam ekosistem sektor korporat di Malaysia melalui penambahbaikan pelaporan pemunyaan benefisial. 

Akta Syarikat (Pindaan) 2024 mengandungi 31 fasal yang terdiri daripada empat kluster polisi seperti berikut:

i) Memperluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat iaitu perkiraan sukarela korporat (CVA) dan pengurusan kehakiman (JM);
ii) Memperkukuh kerangka rehabilitasi korporat melalui penambahbaikan peruntukan yang berkaitan skim perkiraan atau kompromi (SPK) dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan berhubung CVA/JM; 
iii) Menambahbaik amalan dan tadbir urus korporat; dan
iv) Memperkukuh kerangka pelaporan pemunyaan benefisial.

Penambahbaikan kerangka pelaporan pemunyaan benefisial dilaksanakan mengambil kira perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dalam memerangi aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai. Peruntukan perundangan baharu mewajibkan setiap syarikat mengenal pasti pemunya benefisial iaitu individu yang mengawal syarikat tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan kawalan adalah pemilikan saham pada kadar 20 peratus ke atas atau berkeupayaan mengawal keputusan-keputusan yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat tersebut. Melalui peruntukan baharu yang diperkenalkan, syarikat berkewajipan melaporkan individu yang memenuhi kriteria pemunya benefisial ini kepada SSM.
Kedudukan Malaysia dalam konteks usaha menangani aktiviti-aktiviti tersebut sedang dan akan dinilai bermula tahun ini oleh pelbagai badan antarabangsa seperti: 

i) Financial Action Task Force (FATF) yang merupakan badan antarabangsa bebas yang membangunkan piawaian antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan percambahan untuk melindungi sistem kewangan global; dan
(i) Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) melalui exchange of information on request menjalankan penarafan berhubung isu-isu penzahiran bagi percukaian ke atas negara-negara yang berdagang dengan negara-negara OECD. 
 
Adalah diharapkan komuniti korporat di negara ini bersiap sedia untuk mematuhi semua peruntukan Akta Syarikat (Pindaan) 2024. Pengamal korporat yang ingin mengetahui lebih lanjut dan memahami perubahan dalam Akta Syarikat (Pindaan) 2024, digalakkan mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Akademi Latihan & Pengurusan Pengetahuan (COMTRAC) SSM dengan melayari portal rasmi SSM https://www.ssm.com.my/​

YB DATUK ARMIZAN MOHD ALI 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup


3/27/2024News2024Press Release27/03/2024
339
  

Kuala Lumpur, 17 Mac 2024 – Seorang pengarah syarikat telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan menggunakan harta syarikat tanpa persetujuan mesyuarat agung bagi mendapatkan manfaat bagi diri sendiri.

Berdasarkan kertas-kertas pertuduhan, Mohd Khasyful Azim Abd Khalit telah tanpa persetujuan di dalam mesyuarat agung syarikat Interfinite Sdn. Bhd. menggunakan harta syarikat melalui lima transaksi pindahan wang kesemuanya berjumlah RM7,899 dari akaun bank syarikat ke akaun persendirian bagi mendapatkan secara langsung manfaat bagi diri sendiri.

Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh, tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan harta syarikat bagi mendapatkan, secara langsung sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri.

Tertuduh telah mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 1 April 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Najia Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili oleh Syamil Othman dari Tetuan Azizul Syamil & Co.

SSM mengambil tindakan perundangan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
​TARIKH: 17 MAC 2024

3/17/2024Court Cases2024Press Release17/03/2024
338
  

Kuala Lumpur, 10 Mac 2024 – Seorang pemilik perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur di atas pertuduhan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).

Teoh Wei Hau telah dituduh memberikan maklumat palsu kepada Pendaftar Perniagaan dalam Borang A iaitu borang “Pendaftaran Perniagaan" yang mana maklumat palsu tersebut adalah berkaitan alamat perniagaan Hai Tian Herbal Enterprise.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan tarikh 20 Mac 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) memperuntukkan bahawa seseorang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta yang sama, dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekiranya seseorang membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu kepada Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pernyataan tersebut adalah palsu.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Hamizah Sobree manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(d) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) adalah pelanggaran undang-undang yang berat dan dipandang serius kerana boleh menjejaskan integriti maklumat yang disimpan oleh SSM.

Tindakan pendakwaan yang diambil oleh SSM ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh secara khususnya dan juga sebagai peringatan kepada orang awam secara amnya agar sentiasa mematuhi peruntukkan dan undang-undang yang termaktub di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan undang-undang lain yang ditadbir oleh SSM.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung dengan tanggungjawab fidusiari serta etika perniagaan.​


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA​
TARIKH: 10 MAC 2024


3/10/2024Court Cases2024Press Release10/03/2024
337
  

Kuala Lumpur, 7 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyerbu beberapa buah premis milik syarikat dan syarikat Amanah yang mendalangi skim pelaburan haram yang dikenali sebagai Kenaf Development Fund (KDF). Serbuan dijalankan susulan aduan diterima daripada pelabur KDF yang tidak berpuashati dengan pihak syarikat kerana telah gagal membayar pulangan seperti yang dijanjikan.

Operasi dijalankan serentak di tiga lokasi berbeza iaitu di KL Sentral, Petaling Jaya dan Seberang Perai dengan kerjasama daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cyber Security Malaysia.

Skim Pelaburan KDF mula ditawarkan kepada orang awam pada sekitar September 2021 hingga Januari 2023 dan telah mengaut hampir RM140 juta daripada 1,919 orang pelabur.

Modus operandi Skim Pelaburan KDF ialah pelabur dijanjikan dengan pulangan sekitar 3% sebulan dan selepas 12 bulan, pelabur akan menerima semula wang pelaburan mereka. Dikatakan skim pelaburan KDF ini dianjurkan bagi membiayai projek penanaman pokok kenaf di Cuping, Perlis.

Siasatan awal turut mendapati Skim Pelaburan KDF ini tidak berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang mendalangi Skim Pelaburan KDF adalah merupakan seorang individu bankrap.

Siasatan dijalankan bagi kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 43 Akta Syarikat 2016, Seksyen 198 Akta Syarikat 2016, Seksyen 213 Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 3 Akta Skim Kepentingan 2016.

Hasil daripada operasi serbuan tersebut, pihak SSM telah menyita rekod-rekod akaun syarikat, dokumen-dokumen berkaitan penganjuran KDF dan telefon bimbit milik suspek.  

SSM memandang serius kesalahan membabitkan penganjuran skim pelaburan yang mengumpul deposit daripada orang awam tanpa kelulusan atau lesen yang sah.

SSM turut ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati ketika menilai peluang pelaburan, terutamanya yang menjanjikan pulangan yang sangat tinggi dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.​


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 7 MAC 2024


3/7/2024News2024Press Release07/03/2024
336
  

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM hari ini telah menyantuni 40 anak-anak dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad sempena program Sentuhan Kasih Ramadhan SSM 2024 dengan membawa mereka membeli baju raya sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Semasa program berlangsung, anak-anak penghuni pusat jagaan ini telah dibawa ke Jakel Mall, Kuala Lumpur, untuk memilih baju raya lengkap dengan sampin, songkok dan tudung bagi penghuni di kalangan kanak-kanak perempuan bernilai RM300 setiap seorang.

Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM yang turut serta pada program ini berkata, bantuan yang disampaikan di dalam program ini diharap dapat membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh pengurusan Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad di samping dapat menceriakan anak-anak penghuni pusat jagaan ini dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan dana Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan Tanggugjawab Sosial Korporat (CSR) sebanyak RM589,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.

Turut hadir menjayakan program adalah YBrs. Encik Rezy Izwan Ramly , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat), YBrs. Encik Shafarhan Kahar, Pengurus Besar Peruncitan, Jakel Mall dan YBrs. Puan Ainatul Mohd Hafiz, Pembantu Penyelia Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.​


DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

TARIKH: 6 MAC 2024


3/6/2024News2024Press Release06/03/2024
335
  

Kuala Lumpur, 3 Mac 2024 – Seorang bekas pengarah syarikat, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan tiga pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016.​

Berdasarkan kertas-kertas pertuduhan, Jalil Siam telah menggunakan harta syarikat Ghaz Properties Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung sesuatu manfaat bagi diri sendiri dengan menerima wang melalui 20 transaksi deposit tunai pada 14 Julai 2017 dan satu pindahan dana pada 15 Julai 2017 berjumlah RM 100,000 ke dalam akaun bank Maybank miliknya setelah memeterai 'Joint Venture Agreement' bertarikh 8 Mei 2017 antara Ghaz Properties Sdn Bhd dan Mash Construction Engineering Services Sdn Bhd tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat Ghaz Properties Sdn Bhd.

Jalil telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 15 Mac 2024 bagi sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan harta syarikat secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas.

Manakala Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 pula memperuntukkan seseorang pengarah atau pegawai syarikat tidak boleh tanpa persetujuan atau ratifikasi suatu mesyuarat agung menggunakan kedudukan sebagai pengarah atau pegawai syarikat bagi mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, sesuatu manfaat bagi dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, atau menyebabkan syarikat itu terjejas.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala, tertuduh diwakili oleh peguam Pramod Nambiar.

SSM ingin memberi peringatan kepada semua pengarah syarikat agar tidak menyalahgunakan syarikat untuk tujuan yang bertentangan dengan kehendak perundangan. SSM akan mengambil tindakan perundangan sekiranya berlaku pelanggaran peruntukan undang-undang di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM.

 

3/3/2024Court Cases2024Press Release03/03/2024
334
  

Kuala Lumpur, 23 Februari 2024 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada 97 pelajar-pelajar dari tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena Program Back To School Bersama SSM 2024.

Sumbangan berjumlah RM29,100 ini bertujuan membantu meringankan 
beban pelajar-pelajar berkenaan semasa fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun akademik 2024/ 2025 yang akan bermula pada  11 Mac 2024.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan peralatan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM kepada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary.

Dalam ucapannya, Datuk Nor Azimah berkata sebagai sebuah agensi utama yang mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di Malaysia, SSM bukan sahaja menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan, malah sentiasa prihatin dan membantu golongan yang kurang berkemampuan melalui pelbagai program yang dijalankan sepanjang tahun.

“SSM berharap bantuan yang diagihkan ini dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar ini supaya menjadi insan berilmiah dan cemerlang dalam mengorak langkah yang terjamin di masa hadapan” katanya.

Dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023, SSM telah mengagihkan Wakalah Zakat Korporat (WZK) sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara. Manakala bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM586,000 kepada 477 penerima yang memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot, Live Chat SSM yang boleh diakses melalui portal rasmi SSM, talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 23 FEBRUARI 2024​​​

2/23/2024News2024Press Release23/02/2024
333
  

​Kuala Lumpur, 23 January 2023 – Bursa Malaysia Berhad ("Bursa Malaysia" or the "Exchange"), in partnership with the Companies Commission of Malaysia (“SSM”), today unveiled the SME X Platform (“Platform”). This new data ecosystem portal is designed to empower the fund-raising communities with comprehensive datasets of Small and Medium Enterprises (“SMEs”) in Malaysia, that helps the SMEs in their business expansions and fund-raising initiatives.

A first in the industry, the Platform integrates extensive information from both Bursa Malaysia and SSM, offering a comprehensive database of over 650,000 active companies in Malaysia. It serves as a rich resource for business analysis, providing detailed insights into companies' financial performance, organisational structure, shareholdings, and more.

Emphasising the significance of the Platform, Datuk Muhamad Umar Swift, Chief Executive Officer of Bursa Malaysia, stated, "The SME X Platform, arising from our strategic partnership with SSM, serves as a bridge connecting SMEs with essential resources for their expansion and entry into the capital market. It plays a crucial role in enhancing the visibility and growth of SMEs in the capital market. This robust database is central to our commitment to nurturing the expansion of SMEs, thereby contributing to the progressive landscape of Malaysia economy."

Meanwhile, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Chief Executive Officer of SSM said that in facilitating the seamless integration of data within this Platform, SSM has contributed the Corporate Business Information Data (CBID) consisting of over 650,000 company data, comprising key statutory information on companies that include revenue data from some 200,000 companies which recorded high revenue over the past three years.  

“The data contribution from SSM, combined with data from Bursa Malaysia will constitute a significant step towards fostering a robust data ecosystem within the SME X Platform, enriching its capabilities and ensuring the provision of current and valuable insights for informed decision-making”.

​The Platform not only benefits SMEs but also serves the fundraising community, including investment banks, corporate finance analysts, private equity firms, and venture capitals. It assists these professionals in identifying and supporting companies seeking to raise funds for business expansion, thereby becoming an indispensable tool for their activities.

Wong Chiun Chiek, Director of Bursa Intelligence, emphasised, “The SME X Platform represents a novel approach for both Bursa Malaysia and SSM. It’s a strategic tool that enhances decision-making for financial institutions and investment entities by offering a blend of analytics and comprehensive data. This facilitates a deeper understanding of the Malaysian business landscape, aiding venture capitals and private equity firms in developing more targeted, accurate and informed investment strategies and business. Our strategic collaboration brings forth a breadth of data from capital markets, fund flows, private entities (in collaboration with SSM), macroeconomic insights (in collaboration with Department of Statistics Malaysia (“DOSM”)), and our Centralised Sustainability Intelligence (“CSI”) platform providing Environmental, Social, and Governance (“ESG”)-related data, all hosted under our new Amazon Web Services (“AWS”) infrastructure.”

The SME X Platform bridges the gap between quality companies preparing for listing or needing to raise funds and potential investors. This collaboration between Bursa Malaysia and SSM opens up avenues for capital providers to pinpoint potential companies fit for public listing. It encourages enhanced disclosure practices and fosters opportunities for growth and collaboration among participants.

The launch of SME X follows the strategic Memorandum of Understanding signed between Bursa Malaysia and SSM earlier on 16 November 2022. This collaboration heralds a three-year commitment to advance three core initiatives: fostering the digital economy growth in Malaysia as per the Malaysia Digital Economy Blueprint (“MyDigital”), enhancing data analytics for strategic business decisions in line with the National Data Sharing Policy (“NDSP”), and promoting the ESG agenda in the Malaysian business ecosystem.

The Platform is currently in its initial roll-out phase, accessible on a subscription basis. Interested parties keen on accessing the Platform are invited to get in touch by emailing infoservices[at]bursamalaysia.com. 


1/23/2024News2024Press Release23/01/2024
332
  

Kuala Lumpur, 14 Januari 2024 – Seorang pengarah syarikat telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah (12) Kuala Lumpur dengan dua pertuduhan berasingan di bawah Seksyen 588(1)(c) Akta Syarikat 2016 bagi kesalahan memulakan Mesyuarat Agung Luar Biasa tanpa kuorum yang mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 328(2) Akta Syarikat 2016 dan menjalankan urusan di dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa tanpa kuorum yang mencukupi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 328(4) Akta Syarikat 2016.

Berdasarkan kepada kertas-kertas pertuduhan, Abd Razak Abd Latiff telah memulakan Mesyuarat Agung Luar Biasa ARL HOMECOMM Sdn. Bhd. pada 2 November 2022 tanpa kehadiran kuorum yang mencukupi dan telah menjalankan urusan melalui kelulusan satu “Members’ Circular Resolution” ARL HOMECOMM Sdn. Bhd. Bertarikh 2 November 2022 tanpa kuorum yang mencukupi.

Seksyen 588(1)(c) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta tersebut jika dia melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta tersebut.

Tertuduh telah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Norina Zainol Abidin telah menetapkan 30 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Najia Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili oleh Shahir Ab Razak dan Abdullah Khubayb Awaluddin dari Tetuan Shahir Khubayb & Co.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap individu-individu yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM. 

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 14 JANUARI 2024

1/14/2024Court Cases2024Press Release14/01/2024
331
  

KUALA LUMPUR, 11 JANUARI 2024 — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) hari ini, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai inisiatif bersama dalam membudayakan, membangunkan, dan mempromosikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan rakyat Malaysia amnya dan para peniaga khasnya. 

MoU tersebut ditandatangani oleh Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif YIM, dengan disaksikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM dan YBhg. Datin Paduka Setia Dato' Dr. Aini Ideris, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). 

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak menyasarkan untuk bekerjasama bagi mempromosi dan mengalakkan pendaftaran perniagaan dari golongan inovator di dalam ekosistem YIM untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) atau Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) yang ditawarkan secara percuma bagi mereka yang memenuhi syarat. 

Dalam ucapannya, Nor Azimah berkata, SPPP telah diperkenalkan oleh SSM pada 23 Disember 2020 untuk memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM secara percuma. 

Beliau berkata, sejak diperkenalkan hingga 31 Disember 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 94,555 yang terdiri daripada 48,673 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa dan 45,882 usahawan kumpulan B40. 

Tambahnya, S1O1P pula merupakan satu inisiatif bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mendaftarkan perniagaan dengan SSM dengan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan. Sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 17,542 perniagaan telah didaftarkan di bawah inisiatif ini. 

“Dengan termeterainya MoU ini, saya percaya pihak YIM bersama-sama SSM akan melaksanakan program-program yang telah dikenal pasti bagi memberikan peluang kepada lebih banyak inovator di seluruh negara untuk mendaftarkan perniagaan, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran perniagaan dalam usaha membangunkan ekonomi negara," kata beliau. 

Sementara itu, Dr. Sharmila Mohamed Salleh berkata, pemeteraian MoU pada hari ini selari dengan komitmen YIM untuk membangun dan menggalakkan kemahiran kreatif dalam bidang sains, teknologi dan inovasi merangkumi kluster akademik, industri dan masyarakat, dengan memanfaatkan sumber manusia yang cekap serta produktif dalam pelbagai kemahiran untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat melalui program latihan dan pembangunan. 

“Ia juga selaras dengan Azam YIM 2024 untuk menjangkau 20,000 orang di dalam dan luar negara berkenaan topik “Inovasi", dan memberikan bantuan dan pendedahan berimpak positif kepada 8,000 inovator tempatan. YIM dan SSM akan bekerjasama dalam mempromosikan inovasi, keusahawanan, dan pembangunan ekonomi, khususnya melalui skim yang berkaitan dengan pendaftaran perniagaan dan sokongan untuk inovator yang berkelayakan," kata beliau.

Dengan itu, MoU ini bukan sahaja satu perjanjian bertulis, tetapi merupakan janji dan komitmen YIM dan SSM untuk menjadikan Malaysia sebagai hab inovasi yang dinamik dan progresif.​

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DAN YAYASAN INOVASI MALAYSIA

​11 JANUARI 2024​​

1/11/2024News2024Press Release11/01/2024
329
  

Alor Setar, 25 Disember 2023 – Seorang setiausaha syarikat iaitu Noorma Mohd Zain telah mengaku tidak bersalah selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Alor Setar dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 593 (b) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) bagi kesalahan menyerahsimpan laporan juruaudit yang palsu bagi syarikat Bersatu Eramaju Sdn Bhd.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dikatakan telah memberikan satu laporan juruaudit yang palsu iaitu “Independent Auditors’ Report to the Members of Bersatu Eramaju Sdn Bhd” yang dilampirkan bersama Reports and Financial Statements For The Financial Year Ended 30 September 2016. 

Seksyen 593(b) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan bahawa seseorang yang membuat atau memberikan laporan, maklumat atau pernyataan yang diketahuinya adalah palsu kepada pendaftar mengenai hal ehwal syarikat atau apa-apa perkara atau benda yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi pelaksanaan Akta Syarikat 2016 telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi RM3juta ringgit di bawah peruntukan seksyen yang sama yang dipertuduhkan. 
 
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amir Sharifuddin Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Aswandi Haji Mohd Hashim daripada Tetuan Aswandi Hashim & Co. Hakim Jean Sharmila Jesudason membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudiannya telah menetapkan tarikh 11 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen oleh pihak pendakwaan.

SSM ingin memberi peringatan kepada orang awam dan pegawai syarikat terutamanya setiausaha syarikat yang berlesen yang telah diberikan tauliah oleh badan-badan professional bahawa kesalahan seumpama ini adalah sangat serius kerana ia menjejaskan integriti maklumat yang disimpan di SSM. Tindakan perundangan yang tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran kepada mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta yang dikawalselia oleh SSM.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 25 DISEMBER 2023

12/25/2023Court Cases2023Press Release25/12/2023
328
  
Kedah, 10 Disember 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU23) peringkat negeri Kedah & Perlis (Zon Utara) yang merupakan siri terakhir bagi tahun 2023 melibatkan hampir 700 peserta dari sekitar negeri tersebut.  

PBU23 dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh dan memajukan perniagaan. Program yang berlangsung di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki Yusof berkata, pendedahan terhadap asas keusahawanan ini mampu membentuk pemikiran usahawan yang kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang pasaran perniagaan yang lebih berdaya saing melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi, dan strategi perniagaan yang berjaya. 

Beliau berkata, dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan. 

Tambah beliau, salah satu inisiatif SSM adalah menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Sejak SPPP mula diperkenalkan sehingga 30 November 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma adalah sebanyak 90,567 yang terdiri daripada 46,943 pelajar IPT sepenuh masa dan 43,624 usahawan kumpulan B40.

Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan serahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM34,000 kepada usahawan asnaf dan penerima Fisabilillah serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM3,000 kepada sebuah persatuan kebajikan. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry[at]​ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
10 DISEMBER 2023


12/10/2023News2023Press Release10/12/2023
327
  
Kuala Lumpur, 10 Disember 2023 – Sebuah syarikat dan seorang ahli lembaga pengarah warganegara asing telah dituduh di Mahkamah Sesyen 5, Kuala Lumpur dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 43 (1) dan seksyen 90 (4) Akta Syarikat 2016 berkaitan penawaran syer dikenali sebagai “Islamic Redeemable Preference Share (iRPS)” kepada orang awam dengan nilaian sekitar RM15,000,000.

FGP Ventures Sdn. Bhd dan pengarahnya, Khemlani Satesh yang merupakan warganegara Singapura, masing-masing dipertuduhkan dengan dua pertuduhan bagi setiap seksyen tersebut dan telah membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Muhammad Hasif Ghazali dan Fithril Hakim Ab. Jalil manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kanan Mohd Fairuz Othman dan Mohd Iqbal Mohd Yusof.

Menurut seksyen 43(1) Akta Syarikat 2016, sebuah syarikat persendirian adalah dilarang menawarkan syer syarikat kepada orang awam. Kegagalan mematuhi kehendak undang-undang tersebut merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 43(5) akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM3,000,000 atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, seksyen 90(4) Akta Syarikat 2016 merupakan kesalahan mengumpukkan syer keutamaan syarikat tanpa mempunyai perlembagaan syarikat dan boleh dihukum di bawah seksyen 90(5) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000.

Pihak pendakwaan telah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan. Setelah mempertimbangkan rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Puan Aminah Ghazali telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan seorang penjamin. Kedua-dua tertuduh telah mendepositkan wang jaminan tersebut pada hari yang sama. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari 2024.

Kegiatan penawaran saham keutamaan (preference shares) kepada orang awam oleh syarikat persendirian (Sdn. Bhd) adalah satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016. SSM mengambil tindakan pendakwaan seumpama ini sebagai satu bentuk peringatan kepada komuniti korporat dan orang awam bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang yang dikawalselia oleh SSM. Ini bagi memastikan sikap tadbir urus korporat dan pematuhan undang-undang syarikat sentiasa diamalkan oleh warga korporat dan komuniti perniagaan di Malaysia.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 10 DISEMBER 2023​


12/10/2023Court Cases2023Press Release10/12/2023
325
  

Alor Setar, 8 Disember 2023 – Seorang bekas ejen cukai telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman denda oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 3, Alor Setar atas pertuduhan memalsukan laporan juruaudit dalam Penyata Kewangan Beraudit syarikat Zenith Global Marketing Sdn Bhd (ZGM).

Berdasarkan kepada fakta kes, Tang Boon Khee, 50, didapati telah memainkan peranan penting dalam penyediaan Penyata Kewangan Beraudit syarikat ZGM di mana beliau bertindak sebagai orang tengah di antara ZGM dan firma juruaudit yang dilantik.

Setelah menerima kueri dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2019, pihak ZGM menyedari bahawa penyata kewangan syarikat dan laporan juruaudit yang terkandung dalam penyata tersebut sebenarnya telah disediakan oleh tertuduh tanpa pengetahuan dan persetujuan p​ihak firma juruaudit.

Siasatan yang dijalankan oleh SSM mendapati terdapat satu perintah injunksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2018 yang melarang tertuduh daripada terus menyalahgunakan nama firma juruaudit tersebut.

Tertuduh di dalam kes ini telah membuat pengakuan bersalah dan dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, hukuman penjara selama tiga bulan boleh dikenakan ke atas tertuduh. Tertuduh telah membayar denda pada hari yang sama.

Seksyen 591(2)(a) Akta Syarikat 2016 memperuntukkan tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta Syarikat 2016 membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu dalam apa-apa butir material dengan mengetahuinya sebagai palsu telah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau didenda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SSM, Nurul Husna Mohd Yusof manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Sabitan seumpama ini merupakan satu peringatan kepada orang awam bahawa tindakan pendakwaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati memberikan pernyataan, maklumat atau laporan palsu atau mengelirukan kepada SSM. Kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan identiti individu lain merupakan suatu kesalahan berat yang perlu dipandang serius.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka terhadap tanggungjawab serta etika perniagaan.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 8 DISEMBER 2023

12/8/2023Court Cases2023Press Release08/12/2023
324
  

Klang, 4 Disember 2023 - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Semarak Daya Niaga Usahawan di Kompleks Perniagaan GM Klang, Selangor yang telah menarik lebih 100 penyertaan melibatkan usahawan mikro dan peniaga kecil.

Program dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM ini, bertujuan menyantuni para usahawan, di samping memberi kesedaran dan pendedahan kepada peniaga mengenai kepentingan mendaftarkan perniagaan.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki mengingatkan usahawan agar perniagaan yang dijalankan mematuhi peruntukan dan perundangan yang ditetapkan. Beliau menyeru semua peniaga yang belum lagi mendaftarkan perniagaan mereka untuk mendaftarkan perniagaan secara sah di sisi undang-undang.

Jelas beliau juga, pelaksanaan Program Semarak Daya Niaga Usahawan ini turut memberi galakan kepada komuniti perniagaan untuk memanfaatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diperkenalkan oleh SSM pada 23 Disember 2020. SPPP membolehkan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa melibatkan sebarang fi.

Sejak SPPP mula diperkenalkan pada 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2023, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma melalui SPPP adalah sebanyak 87,282 yang terdiri daripada 50,782 golongan usahawan B40 dan 36,500 pelajar-pelajar IPT sepenuh masa.

Manakala, sehingga 31 Oktober 2023, pejabat SSM Selangor telah merekodkan sejumlah 369,671 syarikat diperbadankan, 2,246,709 perniagaan dan 15,114 perkongsian liabiliti terhad telah didaftarkan dengan SSM.

Di samping itu, SSM telah memperkenalkan paparan Kod QR SSM BizTrust sebagai pengenalan identiti digital kepada entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Dengan adanya Kod QR SSM BizTrust ini, usahawan dapat mempamerkan kod QR tersebut di premis fizikal perniagaan atau secara dalam talian melalui laman sesawang dan platform media sosial untuk digunakan sebagai salah satu strategi perniagaan pemasaran terkini.

Kod QR SSM BizTrust boleh dimuat turun melalui platform Ezbiz Online, MyLLP dan SSM4U. Seterusnya, orang ramai boleh mengimbas Kod QR ini melalui aplikasi MySSM dan imbasan tersebut akan mempamerkan maklumat asas entiti perniagaan seperti nama, nombor, status dan alamat URL perniagaan.

Dalam program yang sama, SSM menyediakan Kaunter Khidmat Nasihat Pendaftaran Perniagaan bagi memudahkan peserta yang berminat untuk mendaftarkan perniagaan melalui bas khas iaitu bas EzBiz On The Go.

Selain itu juga, SSM telah menggerakkan pegawai pemeriksa SSM untuk menyantuni peniaga yang beroperasi di Kompleks GM Klang dan kawasan sekitarnya bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peniaga supaya menjalankan perniagaan dengan mengamalkan etika perniagaan yang baik.

Semasa program berlangsung, SSM turut menyampaikan serahan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM berjumlah RM20,000 kepada 20 golongan usahawan B40. 

Program turut diserikan dengan kehadiran Anggota-anggota SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM dan Encik Foo Loke Ping, Pengarah, Pusat Borong GM Klang. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
TARIKH: 4 DISEMBER 2023


12/4/2023News2023Press Release04/12/2023
323
  
Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) peringkat negeri Sabah melibatkan lebih 1,900 pelajar daripada Politeknik, Giat Mara, Kolej Vokasional, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) serta institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negeri Sabah.​

Program dalam talian yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM ini bertujuan untuk menyemai minat serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar selari dengan usaha melahirkan usahawan-usahawan muda yang mampu berdaya saing dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Nor Azimah memaklumkan bahawa sejak tahun 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 13 sesi PUM secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 13,000 penyertaan dari kalangan pelajar di seluruh negara.

Antara pengisian PUM23 peringkat negeri Sabah adalah pendedahan kepada keperluan dan faedah mendaftarkan perniagaan yang sah, strategi pengurusan dan perancangan kewangan, serta meneroka pemasaran digital dan perkongsian oleh usahawan berjaya.

Beliau berkata bagi tahun 2023, SSM mensasarkan pelaksanaan sebanyak tiga sesi PUM, di mana satu daripadanya telah dilaksanakan di negeri Johor secara fizikal manakala dua lagi program dilaksanakan di negeri Perak dan Sabah secara dalam talian. 

Datuk Nor Azimah turut menyeru para pelajar mendaftarkan perniagaan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan di Sabah atau mendaftarkan entiti perniagaan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang di kawal selia oleh SSM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry[at]ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
TARIKH: 28 NOVEMBER 2023 

11/28/2023News2023Press Release28/11/2023
322
  

​Kuala Lumpur, 27 November 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti SSM 2023 dengan objektif utama untuk membudaya dan menyemarakkan amalan berintegriti di kalangan warga kerjanya.

Majlis yang disambut secara hibrid di Menara SSM@Sentral dan turut disiarkan secara dalam talian ini telah dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM. ​

Sambutan Hari Integriti SSM 2023 juga disemarakkan dengan penganugerahan sijil kepada SSM bagi Perluasan Skop Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) ke seluruh pejabat negeri dan cawangan SSM meliputi keseluruhan aktiviti di ibu pejabat, pejabat negeri dan cawangan SSM.

Sijil berkenaan telah disampaikan oleh Encik Hamim Imam Mustain, Pengurus Besar Kanan Sistem Pengurusan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

Dalam ucapannya, Tuan Ahmad Sabki berkata, penganugerahan sijil ini menunjukkan bahawa SSM mempunyai satu sistem kawalan dalaman yang menyeluruh dalam mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik langkah pengurusan antirasuah secara berkesan. 
Sambutan Hari Integriti SSM 2023 turut diserikan dengan kehadiran, Anggota-anggota Suruhanjaya serta Ketua Unit Integriti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 27 NOVEMBER 2023



11/27/2023News2023Press Release27/11/2023
321
  
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menerima beberapa laporan dan aduan berhubung insiden pembayaran pulangan pelaburan dalam bentuk dividen oleh syarikat East West One Consortium Berhad (EWOCB) serta East West Horizon Plantation Berhad (EWHPB) yang diuruskan East West One Group (EWOG).

Mengikut rekod SSM, EWOCB dan EWHPB merupakan syarikat-syarikat yang menawarkan skim kepentingan berbentuk pelaburan kongsi tani berkaitan penanaman kelapa sawit. Skim-skim kepentingan ini merupakan skim kepentingan yang berdaftar di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 (ASK 2016) yang dikawalselia oleh SSM. 

Dari bulan April hingga September 2023, SSM telah menerima 46 aduan berkaitan syarikat-syarikat ini. SSM telah membuka kertas siasatan pada 25 September 2023 dan siasatan sedang giat dijalankan di bawah peruntukan ASK 2016 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Lanjutan daripada aduan yang diterima, SSM telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas pejabat pengurusan skim-skim ini serta lokasi penanaman kelapa sawit bagi meneliti isu yang dibangkitkan. Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, SSM telah mengeluarkan empat kompaun kepada dua orang pengarah syarikat, seorang pengurus dan syarikat pengurusan East West Horizon Plantation Berhad di bawah seksyen 46(1) ASK 2016 dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM1 juta pada 25 September 2023 lalu.

SSM sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir dengan mengambil tindakan pematuhan, siasatan dan pendakwaan terhadap entiti atau individu yang didapati melanggar peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan. SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.

Pelabur yang terkesan dengan skim-skim kepentingan berdaftar yang diuruskan oleh EWOG dan mempunyai maklumat untuk membantu siasatan, disarankan tampil untuk membuat aduan melalui emel ke aduan[at]ssm.com.my atau hubungi 03-2299 4400.

DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 15 OKTOBER 2023 ​

10/15/2023News2023Press Release15/10/2023
320
  

Kuala Lumpur, 13 October 2023 – The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) through the Companies Commission of Malaysia (SSM), tabled amendments to the Companies Act 2016 for the first reading at Dewan Rakyat on 10 October 2023.

The Companies (Amendment) 2023 Bill, which was tabled by KPDN Deputy Minister YB Senator Fuziah Salleh, contains 31 clauses that are in line with international practices on anti-money laundering and enhance existing provisions to assist companies with financial difficulties post Covid-19 pandemic.

The Bill among others aims to introduce provisions to accord a more comprehensive framework at par with international practices to ensure that scheme of arrangements and compromise could be used as a more effective rehabilitation tool for companies facing financial difficulties. This includes the introduction of an automatic moratorium period for companies applying a restraining order under scheme of arrangements and compromise, the provision on restraining order by related company that play an integral part in the rehabilitation plan and the provision of rescue financing which will allow debtor companies to continue in operation and thus ensuring the success of the proposed scheme. This also includes  the provision relating to cram down which will allow the Court to compel dissenting creditors to be bound by the proposed scheme of arrangements and compromise and the mandatory appointment of insolvency practitioners to oversee the rehabilitation plan.

To enhance corporate transparency and accountability, the current beneficial ownership reporting framework has also been proposed to be in line with international standards and best practices.  Under the Bill, a new comprehensive beneficial ownership reporting framework is introduced through a new Division 8A of Part II in the Companies Act 2016 which covers the criteria of a beneficial owner, register of beneficial owners and power of a company to obtain beneficial ownership information from its members and any person who is identified as beneficial owner or has information relating to a beneficial owner of the company. Apart from that, the criteria also include duty of an individual to notify a company of his status as a beneficial owner of the company and the obligation includes to notify any changes to the individual’s status as the beneficial owner and particulars recorded in the register of beneficial owners.

Once enforced, the Bill is expected to expand the application of corporate voluntary arrangement and judicial management to all companies except companies which are regulated by the Central Bank of Malaysia and companies which are licensed, approved or registered under the Capital Market and Services Act 2007 [Act 671] and the Securities Industry (Central Depositories) Act 1991 [Act 453].

The Bill is scheduled for the second reading at Dewan Rakyat by the end of November 2023.

ISSUED BY: THE COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA
DATE: 13 OCTOBER 2023 

10/13/2023News2023Press Release13/10/2023
1 - 30Next
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001