Sign In
  
  
Detail
  
  
  
473
  
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan pengecualian fi lewat serah simpan melaui sistem MBRS 2.0 seperti berikut:

Tempoh Pengecualian Dilanjutkan:
1 Hingga 30 September 2026

Dokumen Terlibat:
- Penyata Tahunan (PT)
- Penyata Kewangan dan Laporan (PK)

Syarikat yang Layak:
- Pengecualian berdasarkan tarikh akhir serah simpan di bawah Akta Syarikat 2016 dan hanya meliputi kelewatan melebihi 7 hari sehingga 3 bulan mengikut Practice Directive 1/ 2017 (PD 1/ 2017).

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
30 OGOS 2026​




10/1/20262026https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=473
472
  
Pengguna kini boleh mendapatkan PROFIL SYARIKAT serta pelbagai maklumat korporat melalui portal berikut:
  • SSM e-Info
  • MyDATA SSM
  • SSM Search
Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang optimum, beberapa maklumat korporat masih belum tersedia buat sementara waktu dan sedang dalam proses penyelarasan, iaitu:
  • Audit Firm Profile – CTC/ Non-CTC
  • Company Secretary Information Data (CSID)
  • Personal Involvement as Auditor or Company Secretary
SSM sedang giat melaksanakan usaha untuk memulihkan akses kepada maklumat tersebut secepat mungkin. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau e-mel enquiry[at]ssm.com.my.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
21 JULAI 2026
12/31/20262026https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=472
471
  
​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan bahawa Corporate Registry System (CRS) kini telah kembali beroperasi dan terus dipantau secara rapi bagi memastikan prestasi sistem semakin stabil serta penyampaian perkhidmatan yang lebih lancar kepada semua pengguna.

Sejak sistem kembali beroperasi, pasukan teknikal SSM bersama pembangun sistem yang dilantik terus melaksanakan pemantauan, penambahbaikan dan pengoptimuman sistem secara berterusan bagi meningkatkan kestabilan, prestasi serta pengalaman pengguna.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kestabilan dan prestasi sistem, CRS akan menjalani penyelenggaraan berjadual setiap hari dari jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi, bermula 17 Julai 2026 hingga 2 Ogos 2026. Sepanjang tempoh tersebut, sistem akan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penambahbaikan teknikal dilaksanakan dalam persekitaran yang terkawal. Sehubungan itu, pengguna disarankan untuk merancang dan melaksanakan urusan melalui CRS di luar waktu penyelenggaraan tersebut.

SSM amat menghargai segala pandangan dan maklum balas yang diterima daripada pengguna. Setiap pandangan dan maklum balas yang dikemukakan akan terus diteliti serta dijadikan asas dalam usaha menambah baik sistem dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan.

Langkah-Langkah Yang Telah dan Sedang Dilaksanakan Oleh SSM: 

  • Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan Melalui CRS
Bagi membantu pengguna yang terjejas sepanjang tempoh peralihan kepada CRS, SSM memberikan pengecualian fi lewat serah simpan secara automatik bagi dokumen yang difailkan melalui CRS dalam tempoh 14 Julai 2026 hingga 30 September 2026. Tiada permohonan diperlukan untuk menikmati pengecualian ini.

  • Pengecualian Fi Lewat Serah Simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan Melalui MBRS
SSM turut memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang difailkan melalui Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) dalam tempoh 1 Julai 2026 hingga 31 Ogos 2026, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

  • Pelanjutan Tempoh Serah Simpan Pendaftaran Gadaian
Tempoh serah simpan bagi pendaftaran gadaian melalui CRS turut dilanjutkan berikutan penutupan sistem MyCoID dan CRS bagi memastikan pengguna mempunyai tempoh yang mencukupi untuk melaksanakan urusan pemfailan.

  • FAQ dan Manual Pengguna CRS Dikemas Kini Secara Berterusan
Bagi membantu pengguna melaksanakan urusan melalui CRS dengan lebih mudah, Soalan Lazim (FAQ) dan Manual Pengguna CRS sentiasa dikemas kini berdasarkan isu, pertanyaan serta maklum balas yang diterima daripada pelanggan. Pengguna boleh mengakses FAQ dan Manual Pengguna yang terkini melalui Tab Khas CRS di portal rasmi SSM di www.ssm.com.my.

  • Rujukan Pengguna CRS
Bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini, SSM menyediakan pelbagai bahan rujukan yang sentiasa dikemas kini melalui Tab Khas CRS​ di portal rasmi SSM.

* Soalan Lazim (FAQ) CRS
* Manual Pengguna CRS
* Pengumuman dan makluman terkini
* Pautan kepada perkhidmatan CRS
* Maklumat Terkini

SSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesabaran, kerjasama dan sokongan berterusan semua pengguna sepanjang tempoh penstabilan sistem.

SSM akan terus mendengar, menambah baik dan berkongsi perkembangan pelaksanaan CRS secara telus dari semasa ke semasa. Segala pandangan dan maklum balas yang diterima amat dihargai dan menjadi panduan penting dalam usaha kami memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada seluruh komuniti perniagaan.

SSM kekal komited untuk memastikan CRS terus dipertingkatkan bagi menyediakan perkhidmatan korporat digital yang lebih stabil, cekap, selamat dan mesra pengguna demi memenuhi keperluan komuniti perniagaan di Malaysia.


SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
20 JULAI 2026


12/31/20262026https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=471
470
  

Portal SSM e-Info, MyDATA SSM dan SSM Search kini telah kembali beroperasi dan boleh diakses seperti biasa oleh semua pengguna bermula jam 2 petang, 18 Julai 2026.

Buat masa ini, pembekalan maklumat korporat seperti di bawah akan dibuka semula secara berperingkat dari semasa ke semasa.

  • Audit Firm Profile – CTC / Non CTC
  • Company Secretary Information Data (CSID)
  • Company Profile – CTC / Non CTC
  • Company Listing Package C (By Criteria/ By BRN)
  • Corporate Insight Listing
  • Financial Comparison 2, 3, 5 or 10 years
  • Financial Historical Comparison – CTC / Non CTC

Pengguna disarankan untuk membuat semakan secara berkala bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai ketersediaan maklumat korporat di atas.

Terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan sokongan berterusan anda.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau e-mel enquiry[at]ssm.com.my.​

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
19 JULAI 2026
12/31/20262026https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=470
456
  

Dimaklumkan bermula pada 05 April 2026 (Ahad) Pejabat SSM Kelantan yang kini beroperasi di Tingkat 2 & 3, Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu, Kelantan telah berpindah ke alamat baharu seperti berikut:


ALAMAT BAHARU SSM KELANTAN
WAKTU OPERASI
​​Unit Lot 13420
Bandar Baru Tunjong,
Jalan Pasir Mas Salor,
15100 Kota Bharu, Kelantan
 
Tel: 09-748 2860 / 748 4599
Fax: 09-744 7622 / 747 2607
​Hari:
Ahad – Rabu
Perkhidmatan Kaunter:
8.15 pg – 4.00 ptg

________________________________________________

Hari:
Khamis
Perkhidmatan Kaunter:
8.15 pg – 2.45 ptg


SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
3 APRIL 2026


12/31/20262026https://www.ssm.com.my/Lists/Announcement/AnnouncementDetails.aspx?ID=456
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC Pernas
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001