Sign In
Pindaan Arahan Amalan No. 11/2026 Berhubung Serah Simpan Maklumat Saham Dan Pemegang Saham

Berkuat kuasa 6 November 2026, Arahan Amalan No. 11/2026 bagi serah simpan maklumat saham syarikat tempatan dan asing telah dipinda termasuk pindaan bagi pengecualian penuh kepada Syarikat Tempatan Awam Tersenarai (Local Public Listed Companies).

Pindaan ini dilaksanakan susulan sesi perbincangan dan kolaborasi antara SSM dengan setiausaha syarikat, di samping mencerminkan komitmen SSM untuk terus menambah baik sistemnya agar lebih mesra pengguna bagi memudahkan pematuhan dalam kalangan syarikat serta intermediari korporat.

Syarikat dinasihatkan untuk menyemak dan memastikan maklumat saham serta pemegang saham yang direkodkan adalah tepat, lengkap dan selaras dengan rekod SSM sebelum sebarang serah simpan dibuat.

Untuk mengemas kini maklumat tersebut, syarikat tempatan atau asing hendaklah menggunakan borang terkini di Lampiran B (syarikat tempatan) atau C (syarikat asing) yang dikeluarkan bersama pindaan Arahan Amalan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) dan Arahan Amalan No. 11/2026 di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my​.  

Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC Pernas
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001