Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan YBhg. Dato' Seri Mohd Sayuthi Bakar yang telah dilantik sebagai Pengerusi SSM berkuat kuasa 1 Oktober 2026.
Watikah pelantikan beliau bagi tempoh dua tahun telah ditandatangani oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali pada 25 September 2026.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
6 OKTOBER 2026