Dimaklumkan mulai 30 Jun 2026, sistem utama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan beralih ke sistem baharu, iaitu Corporate Registry System (CRS). Sehubungan itu, portal SSM XCESS - KJAKP akan ditutup sementara waktu mulai 24 Jun 2026 (Rabu, 7.00 petang) sehingga 26 Jun 2026 (Jumaat,9.00 pagi).
Pengguna portal SSM XCESS – KJAKP dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan SEBELUM 19 Jun 2026. Manakala bagi permohonan Pakej 3, dokumen yang telah diluluskan masih boleh dimuat turun sehingga 24 Jun 2026 pukul 7 petang.
Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan, sila hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di talian 03-7721 4000 atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
16 JUN 2026