Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengeluarkan dokumen konsultasi bertajuk “Proposed Amendments to the Companies Act 2016 [Act 777] on Sustainability Reporting” pada 30 April 2026. Objektif dokumen konsultasi bertujuan mendapatkan maklum balas berkenaan cadangan pindaan kepada Akta Syarikat 2016 berkaitan pelaporan kemampanan.
Orang ramai dijemput memberi maklum balas melalui e-mel di lrpia@ssm.com.my sebelum 2 Jun 2026.
Dokumen konsultasi ini boleh diakses melalui pautan berikut:
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA30 APRIL 2026