Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengeluarkan Guidelines Relating to Practising Certificate for Secretaries under Section 241 of the Companies Act 2016 (CA 2016) yang dikemas kini pada 22 Oktober 2025, bagi menggantikan Garis Panduan dengan tajuk yang sama bertarikh 1 Ogos 2022.
Garis Panduan ini akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:
1. Tarikh kuat kuasa Garis Panduan: 22 Oktober 2025
2. Tarikh kuat kuasa latihan wajib AMLA (perenggan 39–40): 1 Januari 2026
3. Tarikh kuat kuasa latihan wajib dalam tempoh satu tahun bagi lantikan baharu setiausaha syarikat CLBG (perenggan 42): 1 Januari 2026
Bagi maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan dan Soalan Lazim berkaitan di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
27 OKTOBER 2025