Adalah dimaklumkan bahawa bermula 30 Mei 2025, semua Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) diwajibkan untuk melaksanakan serah simpan Maklumat Pemunyaan Benefisial (BO) secara dalam talian melalui platform Electronic Beneficial Ownership System bagi PLT (e-BOS LLP).
Pemakluman ini adalah selaras dengan Nota Amalan No. 5/2025 bertarikh 1 Mei 2025. Akses ke sistem ini boleh dibuat melalui laman rasmi SSM (SSM4U) atau pautan berikut
www.ssm4u.com.my.
PERINGATAN
Kegagalan oleh mana-mana pekongsi atau pegawai pematuhan untuk mematuhi kehendak ini adalah suatu kesalahan di bawah subseksyen 20B(6), Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, dan jika disabitkan, boleh dikenakan:
- Denda tidak melebihi RM20,000; dan
- Bagi kesalahan yang berterusan, denda tambahan tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.
Pastikan pematuhan segera bagi mengelakkan tindakan perundangan.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
28 MEI 2025