Suruhanjaya Syarikat Malaysia memberikan pengecualian fi lewat serah simpan bagi dokumen yang diserah simpan selepas tempoh tujuh hari tetapi tidak melebihi tiga bulan daripada tarikh akhir serah simpan yang ditetapkan.
Tempoh pengecualian ini bermula 1 Jun 2025 hingga 30 September 2025.
Langkah ini bertujuan untuk menyokong dan membantu syarikat serta setiausaha syarikat menyesuaikan diri dengan keperluan baharu yang diperkenalkan melalui MBRS 2.0, sekali gus memberikan masa mencukupi kepada semua pihak yang terlibat untuk melaksanakan penyesuaian secara berperingkat.
Pengecualian fi lewat serah simpan ini melibatkan dokumen-dokumen berikut :
- Penyata Kewangan dan Laporan (PK) Teraudit bagi Akta Syarikat 2016 (AS 2016);
- Permohonan dan serah simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah bagi PK Teraudit di bawah AS 2016; dan
- Semua permohonan berkaitan lanjutan masa atau pengecualian PK
Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Fasa 3 serta pengecualian fi lewat serah simpan ini boleh didapati melalui dokumen
Soalan Lazim (FAQ) yang tersedia di laman web rasmi SSM di
www.ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA