Bermula 13 Jun 2025, salinan PDF bagi serah simpan Pemunyaan Benefisial daripada senarai lengkap (completed list) di dalam Electronic Beneficial Ownership System (e-BOS) hanya boleh dimuat turun dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikh serah simpan atau kelulusan.
Sekiranya salinan PDF tersebut ingin diperolehi selepas tamat tempoh tujuh hari, pelanggan dikehendaki hadir ke kaunter di ibu pejabat SSM. Fi sebanyak RM20 setiap syarikat akan dikenakan bagi transaksi ini.
Bagi maklumat lanjut, sila layari portal rasmi SSM di pautan www.ssm.com.my dan rujuk bahagian kerangka undang-undang, tatacara dan soalan-soalan lazim yang berkaitan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care di talian 03-7721 4000 atau melalui e-mel di enquiry[at]ssm.com.my.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 26 MEI 2025
|