Sign In
Pengumuman - Fasa Pertama Penguatkuasaan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024

​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menguatkuasakan fasa pertama Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 pada 31 Januari 2025 melibatkan peruntukan berkaitan pemunya benefisial iaitu Seksyen-Seksyen 2, 3, 4, 5, Subseksyen 11(a) dan Seksyen 13.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) diberikan tempoh peralihan selama 3 bulan bermula dari 1 Februari 2025 hingga 30 April 2025 untuk melaksanakan proses mengenal pasti pemunya benefisial di peringkat PLT dan merekodkan maklumat tersebut dalam daftar pemunya benefisial PLT yang disimpan di pejabat berdaftar PLT tersebut. 

Mulai 1 Mei 2025 hingga 31 Oktober 2025, PLT diwajibkan untuk meyerah simpan maklumat pemunya benefisial kepada SSM.

Dalam tempoh ini, fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi dikecualikan serta tiada tindakan penguatkuasaan. Selepas tamat tempoh tersebut, fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi akan dikenakan serta tindakan penguatkuasaan akan diambil.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
31 Januari 2025
Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001