Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menguatkuasakan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 secara berperingkat seperti berikut:
FASA PERTAMA
31 Januari 2025: Peruntukan berkaitan pemunya benefisial iaitu Seksyen-Seksyen 2, 3, 4, 5, Subseksyen 11(a) dan Seksyen 13
FASA KEDUA
31 Mac 2025: Peruntukan berkaitan prosedur bagi menyokong pelaksanaan tadbir urus Perkongsian Liabiliti Terhad yang mampan iaitu Seksyen-Seksyen 8, 9, 10 dan Subseksyen 11(b)
FASA KETIGA
31 Disember 2025: Peruntukan berkaitan mekanisme penyelamat korporat iaitu Seksyen 6,7 dan 12
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
31 Januari 2025