Sign In
Pengumuman - SSM Ganti Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan Yang Musnah Akibat Bencana Banjir Secara Percuma

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang musnah akibat bencana banjir secara percuma melalui inisiatif "Pengecualian Bayaran bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran kepada Pemilik Perniagaan yang Terlibat dengan Bencana Alam".

Pemilik perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir boleh mendapatkan salinan cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma dengan menghadirkan diri ke mana-mana kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara. Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, pemilik perniagaan perlu membawa dokumen sokongan seperti laporan polis, bukti pengesahan banjir daripada wakil yang sah seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ketua Kampung, Penghulu atau dokumen lain yang mengesahkan bencana banjir berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan.

Sila layari www.ssm.com.my untuk soalan-soalan lazim​​ berkenaan inisiatif ini.

#PerniagaanAndaBermulaDiSSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
10 Disember 2024​

Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001