Sign In
Pengumuman: Pelaksanaan Mandatori Berperingkat MBRS 2.0

​Pelanggan yang dihormati,

Susulan daripada pelancaran sistem Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) pada 25 September 2024, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan serah simpan dokumen-dokumen dan permohonan berikut secara berperingkat:

Fasa 1: 1 Disember 2024
i)  Penyata Tahunan (PT) di bawah Akta Syarikat 2016
ii) Penyata Kewangan dan Laporan (PK) Tidak Diaudit di bawah Akta Syarikat 2016
iii) Perakuan bagi Syarikat Persendirian Terkecuali (EPC) di bawah Akta Syarikat 2016
iv) Permohonan & Serah Simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah Bagi PT dan PK Tidak Diaudit di bawah Akta Syarikat 2016

Permohonan lanjutan masa di bawah Akta Syarikat 2016:
v)  Lanjutan masa bagi serah simpan perakuan EPC
vi) Lanjutan masa bagi PK Tidak Diaudit 
vii) Lanjutan masa bagi PT

Fasa 2: 1Mac 2025
i) PT di bawah  Akta Syarikat 1965
ii) PK di bawah Akta Syarikat 1965
iii) Perakuan bagi EPC di bawah Akta Syarikat 1965
iii) PK bagi Institusi Kewangan yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat  2016
iv) Akuan Berkanun dan Penyata Kewangan dan Laporan Negara Asal (Ibu Pejabat) bagi Syarikat Asing
v) Permohonan & Serah Simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah Bagi Penyata Tahunan dan PK Teraudit di bawah Akta Syarikat 1965.

Fasa 3: 1 Jun 2025
i)  PK Teraudit di bawah Akta Syarikat 2016
ii) Permohonan & serah Simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah PK Teraudit di bawah Akta Syarikat 2016
iii) Termasuk segala permohonan berkaitan lanjutan masa atau pengecualian PK.  

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
26 November 2024

Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001