Sign In
Pengumuman: Pelaksanaan Mandatori Berperingkat MBRS 2.0
Pelanggan yang dihormati,

Susulan daripada pelancaran sistem Malaysian Business Reporting System (MBRS 2.0) pada 25 September 2024, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan serah simpan dokumen-dokumen dan permohonan berikut secara berperingkat:

Fasa 1 berkuatkuasa 1 Disember 2024

i.       Penyata Tahunan (PT) di bawah Akta Syarikat 2016;
ii. Penyata Kewangan den Laporan (PK) Tidak Diaudit di bawah Akta Syarikat 2016;
iii. Perakuan bagi Syarikat Persendirian Terkecuali (EPC) di bawah Akta Syarikat 2016;
iv. Permohonan & serah simpan Rektifikasi / Perintah Mahkamah bagi PT den PK Tidak Diaudit di bawah Akta Syarikat 2016;

Permohonan lanjutan masa di bawah Akta Syarikat 2016:
v. Lanjutan masa bagi serah simpan Perakuan EPC;
vi. Lanjutan masa bagi PK Tidak Diaudit; dan
vii. Lanjutan masa ​bagi PT.

Serah simpan bagi dokumen-dokumen di atas melalui kaunter hanya dibenarkan sehingga 30 November 2024.

Sila layari portal rasmi SSM di pautan www.ssm.com.my untuk maklumat lanjut.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
26 November 2024​
Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Customer Care
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001