Pelanggan yang dihormati,
Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 29 Jun, operasi perkhidmatan kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di seluruh negara akan ditutup lebih awal pada hari ini, 28 Jun 2023 (Rabu).
Waktu operasi kaunter seperti berikut:
8.15 pagi sehingga 2.00 petang
Tuan/Puan disarankan menggunakan perkhidmatan dalam talian SSM bagi sebarang transaksi. Operasi perkhidmatan kaunter akan kembali seperti sediakala pada 30 Jun 2023 (Jumaat).
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
28 Jun 2023