Sign In
SSM Lanjut Insentif Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta Syarikat 1965

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Oktober 2022.

Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebelum ini, insentif berkenaan telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac 2022 dan tamat pada 30 Jun 2022.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance[at]ssm.com.my atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia.

Semakan kompaun juga boleh dilaku​kan secara atas talian melalui pautane-Kompaunatau di portal EzBiz Online​ di pautan.​

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada ​enquiry[at]ssm.com.my.​

​DIKELUARKAN OLEH: SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH: 30 JUN 2022



Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001