Sign In
TEMPOH AKHIR MORATORIUM UNTUK SERAH SIMPAN DOKUMEN BERKANUN SSM

​Pelanggan yang dihormati,

Lanjutan daripada pengumuman inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkaitan moratorium 30 hari selepas tamat tempoh Total Lockdown/ Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi serah simpan dokumen berkanun di bawah Akta Syarikat 2016 (AS 2016) dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (APLT 2012), tempoh akhir moratorium 30 hari untuk pengecualian fi lewat serah simpan dokumen-dokumen berkanun berkenaan akan bermula pada 1 Disember 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021.
 
Serah simpan dokumen berkanun syarikat boleh dibuat melalui:-

1. Kaunter Perkhidmatan (terhad kepada temujanji bagi pejabat-pejabat SSM yang berada di Fasa 3 PPN); 
2. Dropbox (tanpa temujanji); 
3. MBRS; dan
4. MyCoID.

Bermula pada 1 Januari 2022, pelanggan yang lewat membuat serah simpan dokumen-dokumen berkanun syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 (AS 2016) dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (APLT 2012) akan dikenakan fi lewat serah simpan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

Sekian, terima kasih.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
10 NOVEMBER 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001