Sign In
Operasi Kaunter Perkhidmatan Ssm Dibuka Semula Kepada Pelanggan Bermula 2 Julai Melalui Kaedah Temujanji
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuka semula operasi kaunter perkhidmatan kepada pelanggan berkuatkuasa 2 Julai 2021 (Jumaat), setiap hari bekerja bagi tempoh empat (4) jam bermula 8.15 pagi hingga 12.15 tengah hari. 

Pelanggan yang mempunyai TEMUJANJI SAHAJA dibenarkan hadir berurusan di pejabat-pejabat SSM seluruh negara. Untuk membuat temujanji, pelanggan dikehendaki mengisi Borang Temujanji yang boleh diakses di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my. Walk-in tidak dibenarkan.

Bagi semua transaksi berkaitan SSM, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan dalam talian SSM melalui pautan berikut:  
  
(a) Portal EzBiz - https://ezbiz.​ssm.com.my 
(c) Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my 
(d) Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my 
(e) Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my 
(f) Portal MBRS - https://www.ssm4u.com.my ​
(g) Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my 
(h) Portal e-COMTRAC - https://e-comtrac.ssm.com.my 
(i) Rayuan kompaun - E-mel kepada ar_compliance@ssm.com.my 
(j) Aduan - E-mel kepada aduan@ssm.com.my​​

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila kemukakan melalui e-mel ke enquiry@ssm.com.my

Sekian, terima kasih.

1 JULAI 2021​

Attachments
myGovernment
KPDNKK myGoverment
Agencies under Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry (KPDNHEP)
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001