Sign In
Operasi Pejabat SSM Susulan Pelaksanaan PKP

Pelanggan yang dihormati, 

 

Susulan pengumuman terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi perkhidmatan SSM di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri dan Cawangan yang terlibat dengan PKP adalah terhad seperti berikut:

 

KAUNTER DROPBOX ATAU POS BERDAFTAR

KAUNTER PERMOHONAN PEMFAILAN EKSPRES

(EXPRESS FILING)

KAUNTER BAGI PERMOHONAN PENGLIBATAN PERIBADI KAUNTER PERKHIDMATAN (RAYUAN KOMPAUN) DAN ADUAN

 

Serah simpan dokumen berkanun syarikat

 

Kaedah bayaran hanya melalui cek syarikat pengurusan / deraf bank / kiriman wang pos / wang pos

 

 

Pemfailan dokumen berkanun syarikat dengan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) seperti deraf bank / kiriman wang pos / wang pos.

 

Permohonan penglibatan peribadi (personal involvement) di dalam syarikat dan perniagaan dengan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless) seperti deraf bank / kiriman wang pos / wang pos.

 

Hanya ditawarkan secara atas talian melalui emel:

 

i. Kompaun dan Tindakan Secara Pentadbiran -    

    ar_compliance@ssm.com.my

 

ii. Aduan - aduan@ssm.com.my

 

 

*Waktu Operasi: Hari bekerja bermula 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

*Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini, semua temujanji online adalah terbatal.

Perkhidmatan SSM di pejabat SSM Negeri dan Cawangan yang terlibat dengan PKP-Bersyarat dan PKP-Pemulihan akan beroperasi seperti biasa melalui kaedah permohonan temujanji. Borang temujanji boleh didapati dengan melayari portal rasmi SSM www.ssm.com.my.

 

Para pelanggan digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan atas talian yang disediakan seperti berikut:

 

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SSM

 

  1. Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my
  2. Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my
  3. Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my
  4. Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my
  5. Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my
  6. Portal MBRS - https://www.ssm4u.com.my
  7. Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my
  8. Portal e-COMTRAC - https://e-comtrac.ssm.com.my​

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

 

Sekian, terima kasih.

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
6 Mei 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001