Sign In
Kaunter SSM Di Seluruh Negara Beroperasi Seperti Sediakala Bermula 8 Mac 2021

​Pelanggan yang dihormati,

Susulan pengumuman kerajaan berhubung penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, operasi kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara diselaraskan untuk beroperasi seperti sediakala bermula 8 Mac 2021.

Namun, bagi menyokong hasrat kerajaan untuk terus membendung penularan COVID-19, para pelanggan dinasihatkan untuk membuat temujanji di pautan berikut Borang Temujanji​.

Hanya dua (2) urusan yang tidak memerlukan temujanji iaitu perkhidmatan kaunter dropbox dan pengaktifan akaun pengguna. Kaedah pengaktifan akaun pengguna secara manual bagi MBRS, MyCoID, dan MyLLP masih diteruskan kecuali pengaktifan ID EzBiz Online di mana para pelanggan boleh melakukannya melalui portal EzBiz Online (www.ezbiz.ssm.com.my).

Pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan atas talian yang disediakan seperti berikut:

​PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SSM

i. Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my
ii. Portal MyCoID -https://mycoid2016.ssm.com.my
iii. Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my
iv. Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my 
v. Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my
vi. Portal MBRS- https://www.ssm4u.com.my
vii. Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my


Sebarang pertanyaan, hubungi Pusat Panggilan SSM di enquiry@ssm.com.my atau 03-77214000.

Sekian, terima kasih.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
5 Mac 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001