Sign In
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Diperluas Kepada Semua Usahawan Dalam Kumpulan B40

​Pelanggan yang dihormati, 

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40. SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.  

Kini, pemohon yang layak akan mendapat manfaat pengecualian fi seperti berikut:

​Bil
​Perkara
​Pengecualian Fi
​1.
​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau
​RM30
​2.
​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan
​RM60
​3.
​Cetakan maklumat
​RM10

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:

KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
(a) Pemegang MyKad/MyPR;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
(c) Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
 
KATEGORI PELAJAR IPTA/S
(a) Pemegang MyKad/MyPR;
(b) Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
(c) Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
(d) Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Pemohon yang layak boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Portal EzBiz Online di pautan ezbiz.ssm.com.my. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

Sekian, terima kasih.
 
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
15 Februari 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001