Pelanggan yang dihormati,
Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan arahan agar semua urusan kaunter perkhidmatan Pejabat Persekutuan dan Negeri yang melibatkan urusan orang awam ditangguhkan sementara bermula 2 Februari 2021 sehingga 14 Februari 2021.
Oleh itu, sepanjang tempoh tersebut, operasi perkhidmatan di Pejabat SSM Negeri Pahang dan Cawangan Temerloh adalah terhad seperti berikut:
KAUNTER DROPBOX ATAU POS BERDAFTAR |
Serah simpan dan permohonan pemfailan ekspres dokumen berkanun syarikat secara dropbox atau pos berdaftar dengan kaedah bayaran melalui cek syarikat pengurusan / deraf bank / kiriman wang pos / wang pos. |
Waktu Operasi: Hari bekerja bermula 8.30 pagi sehingga 2.00 petang. |
Para pelanggan digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan atas talian yang disediakan seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.
Sekian, terima kasih.
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
4 Februari 2021