Sign In
Pengaktifan Akaun Pengguna Melalui Portal Ezbiz

​Pelanggan yang dihormati,

​​​
Bermula 29 Januari 2021, SSM akan menguatkuasakan pengaktifan akaun pengguna EzBiz Online melalui portal ezbiz.ssm.com.my bagi menggantikan proses pengaktifan akaun pengguna melalui emel yang dilaksanakan pada masa ini di negeri-negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Sehubungan itu, permohonan pengaktifan akaun pengguna sistem EzBiz Online melalui emel akan ditamatkan berkuatkuasa 10 Februari 2021. Pengguna yang telah menghantar permohonan dan menerima queri melalui email hendaklah mengambil tindakan terhadap queri tersebut sebelum 10 Februari 2021.

Para pengguna boleh merujuk ‘Tatacara Mendaftarkan Akaun Pengguna​’ melalui Sistem EzBiz Online di portal rasmi SSM bagi memahami langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan akaun pengguna melalui sistem EzBiz Online. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
29 Januari 2021



Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001