Sign In
Kaunter Perkhidmatan SSM Enam Negeri Yang Dikenakan PKP Ditutup Dari 13 Hingga 26 Januari 2021

Para pelanggan yang dihormati,

Susulan daripada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 11 Januari 2021, kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan ditutup berkuatkuasa 13 hingga 26 Januari 2021 melibatkan enam (6) negeri berikut:

  1. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan)
  2. Selangor
  3. Pulau Pinang
  4. Johor
  5. Melaka
  6. Sabah

Pejabat Negeri/ Cawangan SSM yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan beroperasi seperti biasa.

Untuk makluman, perkhidmatan kaunter pandu lalu (dropbox) di semua pejabat SSM seluruh negara termasuk enam (6) negeri di bawah PKP dibuka seperti biasa. Bagi semua urusan berkaitan SSM, pelanggan adalah digalakkan untuk memanfaat perkhidmatan atas talian SSM yang disediakan melalui pautan berikut:

  1. Portal Ezbiz - https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Portal MyCOID - https://mycoid2016.ssm.com.my/
  3. Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my/
  4. Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my/
  5. Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my/
  6. Portal e-secretary - https://esecretary.ssm.com.my/

Transaksi pembaharuan pendaftaran perniagaan juga boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM).

Berikutan penutupan sementara Malaysian Business Reporting System (MBRS), pelanggan mempunyai alternatif untuk membuat serah simpan penyata kewangan atau penyata tahunan dan laporan secara fizikal melalui kaunter pandu lalu (dropbox) atau secara pos.

Manakala temujanji pelanggan untuk tempoh 13 hingga 26 Januari 2021 di pejabat SSM di enam (6) negeri bawah PKP adalah terbatal dan permohonan semula perlu dibuat bagi slot 27 Januari 2021 dan seterusnya, tertakluk kepada pengumuman Kerajaan dari semasa ke semasa.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my .

Sekian, terima kasih.

 

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
12 Januari 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001