Sign In
Operasi Pejabat SSM Negeri Sembilan Dihentikan Sementara Selama Dua Hari Untuk Kerja-Kerja Sanitasi

​Pelangan yang dihormati,

Operasi Pejabat SSM Negeri Sembilan akan dihentikan sementara selama dua hari bermula 6 hingga 7 Januari 2021 untuk kerja-kerja sanitasi di keseluruhan bangunan Wisma PERKESO, Seremban.

Pejabat SSM Negeri Sembilan akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Jumaat, 8 Januari 2021.

Bagi mengatasi kesulitan yang dihadapi, SSM menasihatkan para pelanggan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan atas talian yang telah disediakan.

Bergantung kepada jenis-jenis transaksi, para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan atas talian berikut:

1.     Urusan berkaitan entiti perniagaan tunggal dan perkongsian : Portal Ezbiz (https://ezbiz.ssm.com.my/)
2.     Urusan berkaitan entiti syarikat : Portal MyCOID (https://mycoid2016.ssm.com.my/)
3.     Urusan berkaitan entiti Perkongsian Libiliti Terhad (PLT) : Portal MyLLP (https://www.myllp.com.my/)
4.     Urusan berkaitan maklumat korporat syarikat dan perniagaan : Portal e-Info (https://www.ssm-einfo.my) dan Portal MyData (https://www.mydata-ssm.com.my)
5.     Urusan berkaitan pendaftaran setiausaha syarikat: Portal e-secretary (https://esecretary.ssm.com.my/).

Urusan serahsimpan penyata kewangan atau penyata tahunan dan laporan secara fizikal boleh dilakukan pada hari Jumaat, 8 Januari 2021 atau di pejabat SSM lain berikutan Malaysian Business Reporting System (MBRS) tidak dapat diakses sejak 25/12/2020 bagi kerja-kerja penyelenggaraan seperti diumumkan sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Sekian, terima kasih.
5 Januari 2021


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001