Sign In
Pengecualian Kompaun Bagi Kegagalan Serah Simpan Dokumen Berkanun Di Bawah Akta Syarikat 2016

​Berkuatkuasa 9 November 2020 sehingga 31 Disember 2020, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberikan pengecualian kompaun bagi kegagalan menyerah simpan dokumen berkanun syarikat mengikut tempoh masa yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016. Kesalahan yang layak mendapat pengecualian kompaun ini adalah bagi kegagalan serah simpan dokumen berkanun untuk tahun takwim 2020 sahaja.


Tujuan inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SSM ini adalah untuk membantu pihak syarikat yang mengalami kesukaran untuk menyelesai atau melengkapkan dokumen berkanun di peringkat syarikat memandangkan terdapat keperluan untuk mematuhi syarat-syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut berhubung inisiatif ini boleh dirujuk melalui soalan-soalan lazim yang telah disediakan oleh SSM di pautan https://www.ssm.com.my/bm/Documents/FAQ%20Pengecualian%20Kompaun%20Dokumen%20Berkanun%20-%20BM.pdf

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my. 

Sekian, terima kasih.


SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 
11 NOVEMBER 2020


Attachments
myGovernment
KPDNHEP myGoverment
Agencies under Ministry Of Domestic Trade And Cost Of Living
SSM MyIPO MyCC
SSM General Line
E-mail: enquiry[at]ssm.com.my
Operation Hour
Day: Monday - Friday
Service Counter: 8.15 AM - 4.15 PM
SSM Contact Centre
Telephone: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001